N’Golo Kante telah diberikan cuti oleh Chelsea selepas pemain itu menyatakan kebimbangannya untuk memulakan kembali saingan Liga Perdana Inggeris.
Pemain tengah berusia 29 tahun itu adalah sebahagian daripada pemain yang dijadualkan menjalani latihan sebagai persediaan saingan EPL disambung kembali.
Namun pemain antarabangsa Perancis itu menyatakan kerisauan mengenai isu kesihatan dan keselamatan dirinya berikutan krisis dan wabak yang menular seluruh dunia.
N'Golo Kante now has hair.
The Premier League and every football fan isn't ready for this. pic.twitter.com/e3huccfo91
— Mitchell (@CFC_Mitchell) May 19, 2020
Disebabkan perkara itu, Kante dibenarkan untuk pulang dan tidak perlu menghadiri latihan tersebut atas kebenaran pengurus pasukan, Frank Lampard.
Kante mempunyai sejarah beliau tersendiri dalam isu kesihatan, yang menyebabkan beliau memunyai kerisauan sedemikian.
Pada 2018, Kante pernah pitam di bilik persalinan pusat latihan.
Ujuan kardiologi selepas itu bagaimanapun tidak menemui apa-apa isu kesihatan. Namun situasi tersebut cukup untuk menyebabkan pemain itu drehatkan beberapa perlawanan.
Selain itu, Kante turut melalui tragedi di dalam keluarganya apabila abangnya, Niala meninggal dunia akibat serangan jantung pada tahun yang sama sebelum berlangsungnya Piala Dunia di Rusia.
BREAKING: N'Golo Kanté has been granted compassionate leave to miss Chelsea training over fears regarding the PL restart. The club have given him their full support.
(Exclusive from @Matt_Law_DT) pic.twitter.com/E0cd74Sj20
— Footy Accumulators (@FootyAccums) May 20, 2020
Kante bukan pemain Liga Perdana Inggeris pertama yang berasa tidak selamat untuk kembali meneruskan latihan dan saingan di England.
Sebelum ini, kapten dan penyerang Watford, Troy Deeney turut enggan berbuat demikian dengan alasan mempunyai anak kecil yang berkemungkinan terdedah dengan wabak tersebut sekiranya beliau kembali beraksi.
Keputusan Deeney itu kemudiannya turut disertai oleh beberapa pemain Watford yang lain.
Saringan kesihatan yang dilakukan oleh pihak Premier Leagur baru-baru ini mengesahkan enam individu dari kalangan pemain dan staff positif wabak tersebut.
Watford captain Troy Deeney has said he will not return to training this week amid concerns for his own son's health.
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) May 19, 2020
Kebanyakkan kerajaan di seluruh dunia mulai mengendurkan peraturan perintah kawalan pergerakan (PKP) atau pun perintah berkurung (lockdown) di negara masing-masing.
Ini membenarkan bola sepak turut dibenarkan untuk kembali, namun dengan beberapa syarat tertentu yang perlu dipatuhi oleh penganjur dan pasukan bertanding.
Bundesliga Jerman menjadi saingan pertama di Eropah yang memulakan kembali saingan pada minggu lalu, bermula dengan perlawanan diantara Borussia Dortmund menentang Schalke.
Serie A dan La Liga turut dijangka akan mengumumkan pelan masing-masing dalam masa terdekat.