Saksikan Che Adams Hukum Taktikal High-Line Man City, Tamatkan Kemarau 330 Dengan Penuh Bergaya

Baiklah. Kami yakin sebelum perlawanan pada awal pagi tadi, tidak ramai yang mengenali Che Adams.

Kalau kenal pun, tidak ada siapa berani pertaruhkan pemain ini untuk berada di dalam senarai FPL Fantasy.

Che Adams membuka akaun gol di Premier League dengan penuh bergaya dengan jaringan dari jarak 40 meter menentang Manchester City.

Kesilapan City

Ia bermula dengan Oleksandr Zinchenko yang terdedah oleh tekanan dari Stuart Armstrong.

Bekas pemain Birmingham City, Adams kemudian melihat Erderson berada di luar posisi, sebelum pemain Southampton itu melencongkan satu gol yang dianggap fenomena untuk gol pertamanya bersama Southampton.

Ia adalah satu individual error dari pemain City, dan cara bermain (highline) tidak membantu dalam situasi ini. Malah ia mendedahkan Ederson yang kerap kali terlibat dalam perlawanan.

Kebiasaannya dalam situasi ini, pemain City melakukan tactical foul. Kali ini tak sempat.

Debut Che Adams bersama Southampton tiba pad Ogos 2019 dengan nilai perpindahan £15 juta.

Dan beliau terpaksa menunggu 330 hari untuk gol pertamanya bersama kelab itu. Menariknya, beliau memilih kelab berprofil tinggi seperti Manchester City untuk berbuat demikian.

Namun bab awareness dan execution daripada beliau di St. Mary’s harus dipuji.

Jika anda penyokong Southampton, anda boleh berkata ia berbaloi untuk menanti lama sebelum Adams menjaringkan gol sulungnya untuk kelab.

Bercita-cita tinggi

Bekas pemain Sheffield United ini datang daripaa liga bawahan sebelum menyertai Southampton.

Namun ia tidak menghalang Adams bercita-cita tinggi bersama kelab baharunya itu walaupun sedar Southampton menamatkan saingan di kedudukan ke-17 sebelum ini.

Bercakap kepada media Southampton ketika diperkenalkan sebagai pemain bagharu, Adams berkata:

“Southampton adalah kelab yang besar. Sangat jelas cita-cita kami ialah untuk muncul juara EPL. Ia macam sukar.

“Namun anda harus ada target. Dengan skuad dari musim lalu, tiada sebab kami tak mampu bergelar juara liga.

Buat masa sekarang, rasanya Adams perlu fokus mencari gol kedua dan tidak perlu menunggu 330 hari lagi.

 

Kongsi artikel ini