Cavani: Terima Kasih Bruno Fernandes

Edison Cavani telah membuka akaun gol pertama buat dirinya dan Manchester United ketika berkunjung ke Goodison Park menentang Everton pada masa tambahan selepas 90 minit masa sebenar berlalu.

Penyerang veteran yang menyertai Setan Merah dengan percuma sehari sebelum jendela perpindahan ditutup dimasukkan pada minit ke 80 menggantikan Anthony Martial yang masih ketandusan gol lagi.

Bekas penyerang PSG itu seharusnya mengucapkan terima kasih kepada Bruno Fernandes yang nyata telah kembali mempamerkan aksi yang terbaik keseluruhannya kerana membuka ruang kepada beliau untuk menjaringkan gol.

Tidak menjadi masalah kepada Cavani yang mendapat lorongan bola dari Bruno untuk menewaskan Jordan Picford kerana beliau ialah penyerang bertaraf dunia.

Pemain tengah yang ditabalkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan itu sedar bahawa Cavani mesti menghasilkan gol bagi menjadi pemangkin semangat dan keyakinan diri untuk menjaringkan gol lagi di perlawanan yang akan datang.

Skuad Ole Gunnar Solksjaer yang berada dalam tekanan tinggi selepas kekalahan dua kali berturut mempamerkan aksi yang menakjubkan walaupun ketinggalan satu gol hasil jaringan Bernard minit ke tujuh.

Selepas kekalahan dengan kelab Turki tiga hari yang lalu , Ole telah melaungkan keazaman bahawa skuadnya akan bangkit untuk menang ke atas Everton dalam perlawanan minggu ke lapan.

Ternyata , beliau membuktikan keazamannya itu benar anak buahnya memenangi perlawanan dengan skuad Gus Hiddink 3 – 1 .

Bruno Fernandes berada dalam kelas tersendiri. Beliau menjaringkan dua gol dan satu bantuan gol kepada Edison Cavani dan ia tidak melibatkan sepakan penalti.

Kemenangan selesa ke atas Everton sekurang-kurangnya melegakan para penyokong kelab yang berpengkalan di Old Trafford apatah lagi untuk Ole sendiri.

Sekurang-kurangnya , Manchester United kembali berada di jalan yang benar dan memperbaiki kelemahan yang ada bagi mengembalikan imej Setan Merah yang gah dan dihormati.

Namun , perjalanan itu masih jauh lagi dan memerlukan sedikit masa.

Kongsi artikel ini