Newcastle United kini semakin hampir dimiliki oleh Putera Arab Saudi, Mohammed bin Salman.
Berapakah kekayaan kerabat Arab Saudi itu jika dibandingkan dengan pemilik Manchester City, Sheikh Mansour?
Putera Mahkota Arab Saudi itu dikhabarkan akan mendapatkan Newcastle United pada nilai £300 juta.
Putera Salman dilaporkan akan memiliki 80% daripada pegangan saham The Magpies.
Newcastle United are edging closer to a takeover after documents were lodged at Companies House.
👉 https://t.co/7gwnnUdqll#bbcfootball pic.twitter.com/09QUP0KjUv
— BBC Sport (@BBCSport) April 14, 2020
Manakala baki 20% lagi akan dibahagi diantara Amanda Staveley, David dan Simon Reuben yang akan mengetuai sebuah konsortium mengetuai pengambilalihan itu.
Dengan pemilik baharu dari Timur Tengah, ramai penyokong Newcastle turut berkira kelab itu akan melalui perubahan atau revolusi di Premier League – sebagaimana yang dilalui oleh Manchester City setelah dimiliki oleh Sheikh Mansour.
Sejauh manakah kekuatan kewangan Putera Salman dibandingkan dengan Sheikh Mansour. Ini yang kita ketahui setakat ini.
Pada hari ini Putera Salman dikhabarkan mempunyai kekayaan bernilai £7 billion. Kekayaan Putera Salman sebenarnya kurang berbanding Sheikh Mansour yang mempunyai anggaran kekayaan di atas £20 billion.
Tetapi harus diingat. Putera Salman juga menguasai keseluruhan kekayaaan keluarga Dirja Arab Saudi, dan berpotensi memiliki harta kekayaan bernilai £1.3 trillion apabila menaiki takhta satu hari nanti.
Nilai kekayaan keluarga Sheikh Mansour yang menguasai pemerintahan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pula bernilai sekitar £500 billion.
Bayangkan bagaimana cabaran Newcastle pada masa akan datang setelah pengambil alihan tersebut selesai nanti.
Malah kini beberapa pengurus brrprofil tinggi seperti Mauricio Pochettino dan Massimiliano Allegri sudah dikaitkan dengan kelab tersebut.