Perlawanan di antara Kedah Darul Aman (KDA) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berlangsung di Stadium Darul Aman tanpa kehadiran penonton telah mendatangkan detik cemas buat penyerang terbaik JDT , Gonzalo Cabrera yang tidak sedarkan diri selepas berlanggar dengan Renan Alves ketika cuba menghadang pemain itu yang sedang berlari membawa bola.
Situasi itu jelas boleh mendatangkan impak yang bahaya kepada pemain berusia 32 tahun itu dan ia adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku di dalam padang.
Detik-detik cemas yang berlaku sebentar tadi apabila pemain JDT, Gonzalo Cabrera tidak sedarkan diri selepas bertembung dengan pemain Kedah, Renan Alves. #LigaSuper2021 pic.twitter.com/WvWEp5z6Yy
— VOCKET FC (@vocketfc) May 4, 2021
Keadaan itu memaksa pemain sayap itu di bawa keluar daripada padang bagi mendapatkan rawatan kecemasan oleh pegawai perubatan JDT dan bergegas di bawa ke hospital.
Pemain sayap JDT Gonzalo Cabrera difahamkan dikejarkan ke hospital selepas terbabit dalam insiden pelanggaran dengan pertahanan Kedah Renan Alves.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 4, 2021
Renan Alves yang berjersi nombor 36 telah dilayangkan kad kuning kerana menjadi punca pelanggaran tersebut juga terkejut dan dilihat menjerit ke tepi padang memanggil pegawai perubatan masuk ke padang. Pemain itu juga memohon maaf kepada para pemain Johor Darul Ta’zim di atas kejadian yang telah berlaku.
Bagaimanapun , laman rasmi Johor Southern Tigers telah pun mengeluarkan kenyataan mengenai Cabrera bahawa dia berada dalam keadaan baik dan akan di pantau oleh pegawai perubatan mereka setelah dibenarkan pulang ke Johor Bahru.
CABRERA IN GOOD CONDITION
Johor Darul Ta'zim FC are delighted to announce that Gonzalo Cabrera is recovering well and has been discharged from hospital following a collision during the Malaysia Super League clash with Kedah last night.
[1/2] pic.twitter.com/jR2io1TX3H
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 5, 2021