Perlawanan Liga Super di antara Selangor dan JDT di Stadium MBPJ pada minggu lalu turut menarik perhatian ramai kerana adanya pertunjukan bunga api sebelum sepak mula perlawanan.
Tembakan bunga api yang dilakukan di belakang tempat duduk bersebelahan scoreboard stadium itu menimbulkan tanda tanya ramai, memandangkan Liga Super baru berusia lima pusingan.
Kebiasaannya, tembakan bunga api di Liga Malaysia begitu sinonim dengan kejayaan sesebuah pasukan merangkul kejuaraan liga.
Bunga api dimainkan sebelum sepak mula SELANGOR vs JDT di Stadium MBPJ. pic.twitter.com/DedQAfdIg9
— Syafiq Freman (@syafiqfreman) March 17, 2023
Bagaimanapun, tembakan bunga api pada ketika saingan baru berusia lima perlawanan dianggap agak keterlaluan kerana belum ada apa-apa kejayaan untuk diraikan oleh mana-mana pasukan pada ketika ini.
Bukan sahaja penyokong kedua-dua pasukan yang keliru. Tembakan bunga api itu turut menimbulkan tanda tanya daripada pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ).
“Sebelas tahun saya dalam arena bola sepak, saya tak pernah lihat ada orang bermain bunga api pada perlawanan kelima.
Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. Sentiasa merendah diri jangan menyombong diri.
13 tahun terus kita bersama, 13 tahun berjuang bersama, 13 tahun kita menongkah arus massa, 13 tahun kita berjuang untuk membudayakan sokongan ini. pic.twitter.com/9MZfYkqIPL
— ultra Selangor (@ultraSel_) March 18, 2023
“Selama ini orang main bunga api selepas ada pencapaian contohnya menjadi juara dalam sesuatu pertandingan ataupun hujung tahun.
“Tetapi ini adalah benda yang unik, benda yang saya baru belajar bahawa kita boleh bermain bunga api pada perlawanan ke-5 liga,” kata TMJ kepada Ahli Lembaga Pengarah JDT dan penasihat belia Johor, Khairy Jamaluddin.
Melalui carian di media sosial, tembakan bunga api itu sebenarnya bukan dilakukan oleh pihak pengurusan Selangor FC.
Sebaliknya ia dilakukan oleh kumpulan penyokong tegar Selangor, UltraSel yang menyambut penubuhan mereka yang ke-13 pada minggu ini.
Harini KJ bertemu dengan TMJ mengenai perlawanan Liga Super Selangor menentang JDT semalam 🫶
Tahniah, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan kemenangan selepas menewaskan Selangor dengan 0-4 dalam saingan Liga Super semalam! #HotFM #TMJ #KJJadiDJ #JDT@Khairykj @HRHJohorII pic.twitter.com/xW0QEoF2D9
— Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976) March 18, 2023
Ini menjelaskan mengapa pertunjukkan bunga api itu dimainkan di belakang tempat duduk UltraSel dan di luar stadium, dan tidak dilakukan di sekeliling Stadium MBPJ.
Dalam pertemuan di antara kedua-dua pasukan pada hujung minggu lalu, JDT melebarkan rekod tanpa kalah di dalam saingan Liga Super pada musim ini dengan kemenangan bergaya 4-0.
JDT jelas berada di tahap tersendiri apabila dengan mudah menewaskan lawan mereka itu hasil jaringan Juan Muniz, Diogo Luis Santo, dan dua jaringan Fernando Forestieri.