Kalaulah kita nak bercerita tentang Liverpool, dan bagaimana mereka boleh mendominasi bola sepak Inggeris, atau muncul juara buat kali pertama sejak 30 tahun yang lalu, maka ia pasti mengambil tempoh masa yang panjang.
Siapa pemain terbaik dibeli oleh Klopp, bagaimana Trent Alexander-Arnold menjadi wing back paling banyak assist, peranan trio serangan, team data analisis pemain milik Liverpool adalah antaranya.
Mari kita jujur dengan diri sendiri. Trofi EPL pada musim ini hampir pasti milik Liverpool. Soalnya kini bukan bagaimana. Tetap bila dan di mana.
Ini tiga kemungkinan yang Grandstand Kita pilih dan lihat, bila dan di mana Liverpool bakal menjadi juara EPL.
Watford VS Liverpool, 29 Februari 2020 (Vigarage Road)
Jika kedudukan terkini diambil kira, Liverpool hanya memerlukan 10 kemenangan dari baki 16 yang tinggal untuk memastikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Tetapi secara teori, Liverpool boleh bergelar juara pada 29 Februaridalam perlawanan menentang Watford, jika mereka menang semua perlawanan selepas ini sehingga ke tarikh tersebut.
Namun untuk ini berlaku seteru terhampir, Manchester City juga harus tewas semua perlawanan untuk tempoh yang sama. Jika ini berlaku, ia memberikan peluang terbaik Liverpool memastikan kejuaraan secepat yang mungkin.
INCREDIBLE π±@Alissonbecker's brilliant assist, @MoSalah's superb goalβ¦ and THAT celebration π€© pic.twitter.com/RHyu0ZwXsH
β Liverpool FC (@LFC) January 19, 2020
Selain City, cabaran dari Leicester City dan Chelsea turut masih perlu diambil kira. Namun semua ini memberi peluang mencipta rekod sebagai kelab terpantas mengesahkan kejuaraan di dalam sejarah EPL.
Untuk rekod, pasukan terpantas yang meraikan kejuaraan dalam satu musim ialah Manchester United pada 14 April 2001.
Dari segi jumlah perlawanan, rekod United telah disamakan oleh Manchester City kendalian Pep Guardiola iaitu ketika saingan masih berbaki lima perlawanan.
Apa-apa pun yang berlaku selepas ini, Liverpool sememangnya tampak bakal akan memecah rekod yang dipegang oleh United dan City ini.
Everton vs Liverpool 14 Mac 2020 (Goodison Park)
Jika Liverpool dan Manchester City meneruskan kadar kutipan mata seperti yang mereka lakukan sejak permulaan musim ini, maka The Reds berkemungkinan besar meraih kejuaraan liga dalam perlawanan menentang Everton.
Perlawanan yang bakal berlangsung di Goodison Park pada 14 Mac itu dilihat sebagai mimpi ngeri buat penyokong setia The Toffee. Tetapi ia tetap merupakan satu kemungkinan.
Sehingga kini Liverpool hanya merekodkan satu seri untuk keciciran mata sepanjang musim, dengan purata 2.9 mata setiap perlawanan.
π€ #NationalHugDay π€ pic.twitter.com/p5R3yPFWk5
β Liverpool FC (@LFC) January 21, 2020
Sebagai perbezaan, City kendalian Guardiola kini berada pada kadar 2.08 mata untuk setiap perlawanan. Ia masih angka yang baik, tetapi tidak cukup untuk bersaing dengan apa yang dicapai oleh skuad kendalian Klopp.
Jika trend ini berterusan, City akan berada 24 mata di belakang Liverpool menjelang Derbi Merseyside pada 14 Mac, dan saingan EPL berbaki lapan perlawanan selepas pertemuan di Goodison.
Skuad βinviciblesβ Arsenal memastikan kejuaraan milik mereka pada musim 2003/04 di White Hart Lane, bersaksikan puluhan ribu penyokong seteru setempat mereka.
Adakah sejarah akan berulang, kali ini buat Liverpool di Goodison Park?
Manchester City vs Liverpool, 4 April 2020 (Etihad Stadium)
Antara tiga kemungkinan yang disenaraikan, Liverpool muncul juara di Stadium Etihad merupakan antara kemungkinan yang paling mengujakan.
Perkara ini merupakan satu kemungkinan besar, jika saingan pada pengakhiran musim lalu akan berulang apabila kedua-dua pasukan memenangi semua perlawanan yang dilalui pada ketika itu.
π΄ @LFC's weekend:
π΅ @ManCity draw 2-2.
π¦ @LCFC lose 2-1.
πͺ Win 2-0 against @ManUtd.
π Go 16 points clear at the top of the @PremierLeague.
π One hand on the trophy. pic.twitter.com/bo6Hn6FYRM
β SPORF (@Sporf) January 19, 2020
Jika ini berlaku lagi diantara Januari ini sehingga tarikh pertemuan kedua-dua pasukan pada 4 April, maka secara matematika Liverpool memerlukan satu mata sahaja untuk mengesahkan kejuaraan dari perlawanan tersebut.
Lupakan keputusan seri. Skuad Liverpool ini sentiasa mahu menang. Kemenangan di Etihad ibarat merampas kejuaraan tersebut dari juara bertahan.
Apatah lagi pada musim lalu, Liverpool hanya dinafikan dengan satu mata oleh Guardiola dan anak-anak buahnya. Situasi sudah tampak berbeza kali ini.
Rumusan
Baiklah, tarikh mana satukah pilihan penyokong Liverpool? Anda mahukan kejuaraan terpantas di dalam sejarah EPL, maka ia boleh berlaku di Vicarage Road.
Atau adakah ia lebih manis dilakukan di hadapan penyokong seteru setempat? Tetapi merampas kejuaraan di Etihad juga tampak seperti perkara yang lebih signifikan untuk skuad Liverpool ini.