Budak Tik Tok Parah Di Lengan Akibat Tumbuk Tingkap Selepas Bertengkar Dengan Ibu Neymar

Ibu Neymar, Nadine Goncalves, dilarikan ke hospital bersama dengan teman lelakinya yang bernama Tiago Ramos setelah kedua-duanya bertengkar di sebuah apartmen.

Nadine Goncalves sebelum ini mendedahkan kepada umum mengenai hubungannya dengan pemuda yang berusia 30 tahun lebih muda daripadanya.

Sebelum ini hubungan cinta mereka hanya bertahan selama 10 hari selepas Tiago mengakui dirinya seorang biseksual.’

Namun demikian hubungan cinta Nadine dan Tiago bersatu kembali pada Mei lalu. Malah ibu kepada bintang Brazil itu dilaporkan telah membeli sebuat apartmen mewah untuk tinggal bersama Tiago Ramos.

View this post on Instagram

O inexplicável não se explica, se vive… ❤️

A post shared by Nadine Gonçalves (@nadine.goncalves) on

Badai masalah kembali

Namun demikian hubungan kedua-duanya dipercayai bergolak kembali, berdasarkan apa yang berlaku baru-baru ini.

Kali ini mereka terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Jiran tetangga Nadine Goncalves mendengar suara teriakan dari apartmen pada satu malam sebelum berlaku insiden berdarah.

Akibat insiden tersebut, Tiago dilaporkan memiliki 12 jahitan di lengannya.

“Ada insiden berlaku dalam rumahtangga Tiago. Nadine bertindak untuk memanggil ambulans sebagai tindakan pencegahan, tetapi mereka baik-baik saja. Semua baik-baik saja,” ujar jurucakap kepada ibu Neymar.

Akibat kejadian tersebut, Nadine turut dipanggil untuk memberikan kenyataan di balai polis berhampiran pada hari kejadian baru-baru ini.

“Mereka mengklasifikasikan bahawa tidak ada serangan, hanya kemalangan yang menyebabkan lengan Tiago terluka. Dia masih belum pulih, namun keduanya dalam keadaan baik-baik saja,” sambungnya lagi.

Berdasarkan laporan di media Brazil, luka di lengan Tiago Ramos disebabkan tindakannya sendiri menumbuk cermin jendela.

Neymar memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai apa yang berlaku.

 

 

Kongsi artikel ini