Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dari Kerala , India mungkin adalah jawapan kepada apa bola sepak di India perlukan untuk bangkit.
Beberapa hari lalu, tular satu video kanak-kanak tersebut meniru sepakan percuma seperti yang dilakukan oleh Lionel Messi.
Lionel Messi sememangnya dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik dunia, dan turut dikenali kerana kemampuan beliau menyempurnakan sepakan percuma.
Sehingga kini, bintang Argentina dan Barcelona itu telah menyempurnakan lebih dari 50 sepakan percuma.
Messi dari Kerala
Dan kanak-kanak dari Kerala itu kelihatan amat mudah melakukan sepakan seperti yang dihasilkan oleh Messi.
Seperti Messi, kanak-kanak itu akan berdiri lagak seperti Messi. Memakai jersi Argentina dengan nama Messi, beliau melihat ke arah target, sebelum menyepak bola dengan kaki kiri ke penjuru atas/top corner seperti yang dihasilkan Messi.
View this post on InstagramA post shared by Mishal Abulais (@abulais_1) on
Pendek kata, beliau melakukan semua itu 100% seperti Messi. Malah cara beliau meraikan jaringan tersebut juga dilakukan seperti Messi, dengan kedua-dua tangganya menunjuk ke arah langit sambil berlutut.
Siapakah kanak-kanak ini?
Siapakah kanak-kanak ini? Melalui carian yang kami lakukan, kanak-kanak ini bernama Mishal Aboulais, murid Standard 7 di sebuah sekolah kerajaan di Kerala.
Video tersebut diambil oleh abangnya Wajid, yang merupakan pendorong utama untuk Aboulais menceburkan diri di dalam sukan bola sepak.
Bola sepak bukanlah sukan No.1 di India di belakang Kriket dan hoki. Tetapi bola sepak India pernah berada di kedudukan 100 utama dunia di dalam ranking FIFA, dan memiliki sistem pertandingan domestik yang sedang giat membangun.
View this post on InstagramA post shared by Mishal Abulais (@abulais_1) on
Seperti kanak-kanak lain, Messi adalah idola kepada Mishal. Cristiano Ronaldo juga mungkin pemain kedua yang beliau minati. Selain Messi, Mishal turut pernah meniru gaya sepakan knuckle ball bintang Portugal itu.
Sehingga kini, Mishal telah mengumpul lebih dari 20,000 pengikut di laman Instagram beliau hanya dengan melakukan skill bola sepak.