Reaksi Bruno Fernandes Kepada Pep Guardiola Selepas Dianggap Tidak Cukup Bagus

Bruno Fernandes membuatkan penyokong Manchester United lebih menyukainya apabila pemain itu memberikan reaksi dengan menyuruh Pep Guardiola untuk diam.

United menewaskan seteru setempat, City 2-0 pada tengah malam tadi, dan mencatat kemenangan berganda ke atas skuad Guardiola pada musim ini.

Pandangan ikhlas daripada seorang penyokong Liverpool yang wajib fans MU baca.😅WE ARE RIVALS, NOT ENEMIES.

Posted by Grandstand Kita on Sunday, 8 March 2020

Perlawanan pada malam tadi pula adalah derbi setempat pertama Fernandes bersama United.

Tidak berapa jelas apa yang disampaikan oleh Fernandes kepada Guardiola, namun rakaman jelas menunjukkan Fenandes mahu pengurus dari Catalan itu untuk berdiam apabila meletakkan jari telunjuk di bibirnya.

Ia mungkin berkaitan dengan insiden ketika perlawanan atau melibatkan komen oleh Guardiola mengenai Fernandes sebelum perlawanan.

Guardiola sebelum ini penah berkata City tidak pernah berminat membawa masuk Bruno Fernandes kerana pemain itu tidak cukup bagus.

“Saya pernah berkata bahawa City akan dikaitkan dengan ribuan pemain setiap bulan.

“Saya tidak pasti jika itu berlaku kerana ejen sengaja mahu mereka sesuatu.

“Tetapi saya boleh mengesahkan kelab ini tidak pernah bercakap kepada ejen pemain [Fernandes] ini, tetapi mereka terus mengaitkannya dengan kami.

“Saya tidak faham apa yang mereka katakan sebagai ‘jenis pemain saya’. Saya juga sukakan pemain pertahanan dan yang mempunyai kelebihan di udara.

“Saya tidak berpendapat pemain seperti ini sesuai dengan pasukan dan saya. Tetapi beliau mungkin pemain yang bagus. Kerana itulah Man Utd membawa beliau masuk.”

Reaksi Fernandes itu mungkin dilihat menjengkelkan untuk penyokong lain. Dari sudut lain, itu adalah gambaran kepada sikap kompetitif yang dimiliki pemain itu.

Dalam perlawanan menentang City, assist lambung dari sepakan percuma daripada Fernandes telah memerangkap pertahanan City untuk membenarkan Martial menjaringkan gol pertama perlawanan.

 

Kongsi artikel ini