Bruno Fernandes menghamburkan pujian kepada rakan senegaranya Cristiano Ronaldo, dan menganggap kapten pasukan skuad kebangsaan Portugal itu sebagai idolanya.
Pemain tengah Manchester United itu menjadi hero baru di Old Trafford dengan permainan menakjubkan sejak tiba dari Sporting Lisbon pada Januari lalu.
Kesungguhan dan kreativiti dibawa oleh Bruno seolah-olah memberikan nafas baharu kepada bahagian tengah United.
Bruno Fernandes: “Ronaldo is an inspiration for me. When you start watching Ronaldo and you start watching his team and see they can win everything, then you dream to be here." pic.twitter.com/Rc7TO9ra68
— Cristiano Ronaldo 🐐 (@CRonaldoNewsEN) March 14, 2020
Impak yang dibawa oleh pemain ini kepada skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer mengudang Anugerah Pemain Terbaik Premier League untuk bulan Februari.
Dan baru-baru ini, Bruno berkongsi mengenai seorang lagi bekas pemain Manchester United,Cristiano Ronaldo.
“Kami melihat beliau seperti seorang idola. Dia memang sentiasa merupakan idola saya. Saya mengikuti beliau sebagai contoh. Beliau adalah pemain kegemaran saya,” jelas Fernandes.
Luis Figo says Bruno Fernandes has the ability to step into a big role at Manchester United but urged caution against comparisons with former #MUFC players Cristiano Ronaldo, Eric Cantona and Carlos Tevez…
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) February 17, 2020
“Apabila saya mendapat panggilang menyertai skuad kebangsaan Portugal, beliau datang kepada saya dan berkata: ‘Anda melakukan tugasan yang amat baik di Sporting Lisbon.’
“Saya amat suka ayat seperti itu. Ia membawa perbezaan.”
Bruno turut berkongsi mengenai kemudahan dan atmosfera di kelab baharunya.
“Di pusat latihan, anda boleh jumpa segala-galanya. Apabila saya tiba untuk pemeriksaan perubatan, semuanya mengujakan saya,” kata Fernandes.
“Di Old Trafford anda memanaskan badan dan tidak ada sesiapa kelihatan, anda juga tidak mendengar apa-apa di terowong pemain. Namun apabila anda melangkah masuk, selepas itu barulah kedengaran suara penyokong yang menakjubkan.
“Dan jika anda bercakap mengenai stadium, semua orang tahu San Siro dan Old Trafford adalah yang paling kaya dengan sejarah.”