Bruno Fernandes akhirnya membuka mulut mengenai insiden di mana beliau mengarah pengurus Manchester City, Pep Guardiola untuk diam dengan tindakan meletakkan jari di bibir ketika perlawanan derbi Manchester.
Dalam perlawanan derbi pada minggu lalu, pemain antarabangsa Portugal itu menghasilkan assist menarik untuk mengelirukan pertahanan Manchester City untuk Anthony Martial menjaringkan gol.
Kemenangan tersebut juga adalah kemenangan ketiga skuad Ole Gunnar Solksjaer ke atas skuad kendalian Guardiola pada musim ini, dan merupakan derbi Manchester yang pertama buat Fernandes.
Pada mulanya, tidak jelas apakah sebab Fernandes mengarahkan Guardiola untuk berdiam.
Kritikan oleh Guardiola
Pengendali dari Sepanyol itu pernah melabel Fernandes sebagai pemain yang tidak cukup bagus untuk City, sehari sebelum perlawanan derbit tersebut.
“Saya pernah berkata bahawa City akan dikaitkan dengan ribuan pemain setiap bulan.
“Saya tidak pasti jika itu berlaku kerana ejen sengaja mahu mereka sesuatu.
Manchester City never got close to signing Bruno Fernandes last summer.
City regularly send scouts to watch the top Portuguese sides. While Fernandes was seen as a good prospect, he wasn't seen as good enough for a position that wasn't deemed priority.
[@jonnysmiffy] pic.twitter.com/p7G5DkoB7N
— Man City Xtra (@City_Xtra) March 8, 2020
“Tetapi saya boleh mengesahkan kelab ini tidak pernah bercakap kepada ejen pemain [Fernandes] ini, tetapi mereka terus mengaitkannya dengan kami.
“Saya tidak faham apa yang mereka katakan sebagai ‘jenis pemain saya’. Saya juga sukakan pemain pertahanan dan yang mempunyai kelebihan di udara.
Bruno Fernandes tells Pep Guardiola to shush hahaha pic.twitter.com/FteZB2SAnF
— BeanymanSports (@BeanymanSports) March 8, 2020
“Saya tidak berpendapat pemain seperti ini sesuai dengan pasukan dan saya. Tetapi beliau mungkin pemain yang bagus. Kerana itulah Man Utd membawa beliau masuk.”
Tindakan Fernandes mengarahkan Guardiola berdiam menyebabkan ramai memuji mentaliti Fernandes yang enggan kalah, dan sikap bersaing luar biasa yang ditampilkannya.
Perkara sebenar
Bercakap kepada Sky Sports dalam satu temu ramah, Fernandes akhirnya mendedahkan Guardiola telah membuatkan beliau marah dalam keadaan perlawanan yang panas pada ketika itu.
“Saya ada bercakap mengenai hal ini bersama beberapa sahabat. Ada orang berfikir seperti, ‘Pep telah menang segala-galanga, siapa pula Bruno untuk bersikap demikian kepada Pep?’
Bruno Fernandes on why he shushed Pep Guardiola: "At that moment the words he told me made me mad — at that moment he didn't respect me, so he didn't deserve my respect." #mulive [@footballdaily] https://t.co/xDSFi0DjHT
— utdreport (@utdreport) March 12, 2020
“Tetapi sekarang saya berpendapat sekarang ia adalah mengenai rasa hormat, ketika berada di luar padang. Saya tidak rasa akan melakukannya lagi jika berada di padang sekarang.
“Pada ketika itu, ada perkataan yang beliau [Guardiola] katakan kepada saya membuatkan saya marah. Saya mungkin sedikit gemuruh, dan saya memang pemain jenis begitu.
🗣 Bruno Fernandes: “At that moment the words he told me [Pep] made me mad…
At that moment he didn't deserve my respect.” #MUFC https://t.co/K3SkqseedJ— UnitedReds (@UnitedRedscom) March 12, 2020
“Saya mempunyai rasa hormat terhadap Pep dan apa yang telah beliau capai di dalam bola sepak, kerana beliau menukar sebahagian mentaliti.
“Tetapi pada ketika itu saya berpendapat beliau tidak menghormati saya, dan beliau tidak layak menerima rasa hormat dari saya untuk saat dak ketika itu di atas padang.”
Penutup
Prestasi semasa yang ditampilkan oleh Bruno Fernandes setakat ini membuktikan ia adalah pelaburan tepat daripada pihak United.
United tidak tewas dalam 11 perlawanan di semua pertandingan sejak ketibaan Fernandes pada penghujung Januari lalu.
Sehingga kini, Fernandes telah menjaringkan tiga gol dan turut menghasilkan empat assist untuk United.
Tetapi impak kehadiran Fernandes di Carrington sebenarnya adalah lebih daripada itu. Ia adalah mentaliti yang dimiliki oleh pemain ini yang membuatkan beliau amat berharga untuk United.