Bintang Manchester United Bruno Fernandes berkata kualiti skuad yang dimiliki oleh The Red Devils adalah rahsia pasukan itu tidak tewas dalam 15 perlawanan di semua pertandingan secara berturut-turut.
Untuk kelab seperti Manchester United yang terumbang ambing dengan prestasi tidak menentu, perkhabaran positif seperti ini adalah rekod yang boleh dibanggakan oleh penyokong mereka.
United terus melebarkan rekod tersebut selepas mudah mendominasi perlawanan menentang Brighton and Hove Albion sebelum mencatatkan kemenangan 3-0 pada awal pagi tadi.
Bruno Fernandes vs other Premier League players since his debut in February #mulive [sky] pic.twitter.com/IQVCvDZuLF
— utdreport (@utdreport) June 30, 2020
Fernandes yang tiba di Old Trafford pada jendela perpindahan Januari lalu turut menyumbang dua gol, untuk United kekal tidak terkalah dalam lapan perlawanan Premier League sejak ketibaan pemain dari Portugal itu.
Pemain remaja, Mason Greenwood terlebih dahulu membuka tirai jaringan. Selepas itu perlawanan tersebut milik Fernandes dengan jaringan pada minit ke-29 dan ke-50 perlawanan.
Kemenangan tersebut bermakna United kini berada di kedudukan ke-5, dan berada dua mata sahaja di belakang Chelsea yang akan berhadapan West Ham pada awal pagi nanti.
Paul Pogba and Bruno Fernandes have spent 219 minutes on the field together. In that time, Man Utd have scored 8 goals and conceded 0.
Running the show from midfield. 🙌 pic.twitter.com/QFAl8lpWYO
— Statman Dave (@StatmanDave) June 30, 2020
“Pada perlawanan terakhir sebelum saingan ditangguhkan, Scotty [McTominay dan Fred beraksi dengan baik dan kami mencatatkan banyak keputusan perlawanan yang memberangsangkan,” ujar Fernandes yang kini telah menjaringkan lima gol dari lapan penampilan di Premier League.
“Sekarang ia giliran Nema [Matic], Paul [Pogba] dan saya, begitu juga Andy [Pereira] atau Juan [Mata] yang boleh beraksi di posisi No.10. Tidak ketinggalan juga Jesse [Lingard].
“Ada banyak kualiti di kalangan kami dan saya berpendapat ia tidak adil jika semua orang hanya bercakap mengenai saya dan Paul.
Paul Pogba assists Bruno Fernandes for the first time 🔥#MUFC pic.twitter.com/BrP7w6qR1B
— United Zone (@ManUnitedZone_) June 30, 2020
“Kualiti memang sangat baik dan ia semakin meningkat kerana kami berlatih bersama dan mendorong satu sama lain. Saya tahu jika saya tidak beraksi dengan baik, pemain lain akan mengambil peranan itu.
“Disebabkan itu saya perlu sentiasa berada di tahap terbaik ketika menjalani sesi latihan.
“Saya harus sentiasa menjadi lebih baik dan bertambah lebih baik untuk membantu pasukan. Semua pemain berfikir cara yang sama dan hasilnya kami bermain dengan baik dan menghasilkan keputusan yang diharapkan.
“Kami tahu bahawa kami perlu memberikan yang terbaik kerana pasukan ini mempunyai pemain yang banyak kualiti.”
Three more points in the bag — we move 😎#MUFC #BHAMUN pic.twitter.com/zJDDqL99pX
— Manchester United (@ManUtd) June 30, 2020
Untuk rekod, United tidak pernah tewas sejak dimalukan Burnley dengan jaringan 2-0 pada Januari. Sepanjang tempoh selepas itu, United turut tidak dibolosi dalam 11 perlawanan.
“Anda harus sentiasa memberikan fokus dan segala-galanya kepada pasukan, demi kelab,” tambah Fernandes.
“Saya yakin setiap pemain sedar bahawa mereka mewakili sebuah pasukan yang besar. Jadi kami harus memberikan yang terbaik dan terus berusaha ke depan.
“Inilah yang dilakukan oleh pemain pada hari ini – ia sangat baik. Tak kira jika kami sangat penat, pemain lain kemudiannya akan dimasukkan dan juga akan bermain dengan cemerlang.
“Mereka [pemain gantian] akan membawa intensiti baru ke dalam permainan. Maka setiap pemainakan tahu mereka boleh bermain sehabis baik, dan jika kepenatan, anda boleh dikeluarkan.
“Sekarang dibenarkan lima pertukaran dilakukan. Perkara terpenting ialah hasil akhirnya nanti.”