Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan Bruno Fernandes telah memberi amaran kepada beliau mengenai LASK dan bagaimana kelab dari Austria itu boleh memberi masalah kepada Manchester United.
United berkunjung ke Linz, Austria untuk berhadapan dengan LASK pada awal pagi nanti di pusingan 16 pasukan terbaik Liga Europa.
Manchester United tidak pernah berhadapan LASK dalam mana-mana perlawanan kompetitif sebelum ini dan keupayaan kelab Austria itu kekal misteri buat anak buah Solksjaer.
Man Utd are set to face Austrian side LASK Linz in the Europa League on Thursday and Bruno Fernandes has words of advice. https://t.co/IfnzU93r2Z pic.twitter.com/idELUkrZzv
— Soccer Lab (@socclab) March 12, 2020
Tetapi Fernandes mempunyai sedikit pengalaman berhadapan dengan LASK ketika bersama Sporting Lisbon pada awal musim ini.
“Apabila kita mengetahui keputusan undian, ia amat berguna mengetahui Bruno pernah di sana [berhadapan LASK],” kata Solksjaer kepada media Man Utd.
“Beliau berkata ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Sporting tewas kepada mereka di Austria, sebelum menang 2-1 di Lisbon.
“Fernandes tidak beraksi dalam perlawanan yang tewas itu. Tetapi beliau tahu ia akan menjadi perlawanan yang sukar dan pemain harus bersedia.
Bruno Fernandes warns Manchester United squad over LASK game – https://t.co/ZxbYAKGBb6 pic.twitter.com/TemJDLGhK2
— Mellonpost (@mellonpost) March 12, 2020
“Ini kerana mereka [LASK] beraksi dengan corak permainan yang mereka biasa – energi tinggi, tempo tinggi.
“Mereka juga sangat bagus dalam set-pieces dan sangat mengetahui sistem yang mereka mainkan. Ini satu cabaran buat anak buah saya.”
Perlawanan tersebut akan dilangsungkan di stadium tertutup ekoran penularan virus Covid-19 di serata eropah. Solksjaer turut berpesan agar pemainnya membiasakan diri dengan keadaan tersebut.
“Kita harus berhadapan perkara itu [tanpa penyokong] dan mewujudkan atmosfera perlawanan sendiri. Mereka harus memastikan tidak diganggu dengan perkara ini.
⚽ O Manchester United defronta o LASK, equipa austríaca à qual Bruno Fernandes fez isto na fase de grupos pelo @Sporting_CP! 💪
Vai voltar a marcar❓#UEL I @ManUtd I @B_Fernandes8 pic.twitter.com/NMhKcjGDWr
— UEFA.com em português (@UEFAcom_pt) February 28, 2020
“Ia sentiasa bagus beraksi dengan penyokong. Bola sepak sepatutnya sentiasa begitu.
“Pemain-pemain ini [Man Utd] telah beraksi dalam perlawanan tertutup tanpa penyokong sebelum ini, tetapi itu adalah pasukan lain.
:”Kami akan memastikan pasukan ini bersedia dan memiliki semangat berpasukan dan atmosfera yang diperlukan di dalam pasukan.
“Semua pemain tahu ini adalah perlawanan penting dan fokus harus kekal hanya kepada bola sepak.”