Lihat Bagaimana Bruce Lee Gunakan Jeet Kune Do Tewaskan Lawan Dalam Pertandingan Sebenar

Anda tidak boleh mengendahkan Bruce Lee apabila berbicara mengenai seni mempertahankan diri. Beliau adalah seorang ahli seni mempertahankan diri yang terkenal, bintang filem dan ikon.

Kebolehan dan falsafah yang diamalkan ketika pertarungan telah menjadi insiprasi kepada jutaan orang di seluruh dunia.

Malah Bruce Lee turut mencipta gaya martial art beliau sendiri yang dikenali sebagai Jeet Kune Do. Jika diterjemahkan, Jeet Kune Do membawa maksud ‘Cara untuk memintas serangan’.

Kami pasti anda sudah biasa menonton aksi Bruce Lee di dalam filem. Tetapi bagaimana dengan aksi beliau di pertandingan sebenar? Adakah Lee juga sehebat seperti lakonannya?

Pertarungan sebenar Bruce Lee

Menurut rekod Lee biasanya melakukan sparing bersama pelajarnya. Hanya ada satu rakaman perlawanan MMA yang pernah direkodkan membabitkan Bruce Lee.

Video tersebut telah dibaikpulih dan telah dimuat naik ke dalam YouTube di channel Beerdy: Bruce Lee Central.

Beerdy menjelaskan: “Ini adalah satu-satunya aksi Bruce Lee di dalam pertempuran sebenar MMA. Beliau menentang Ted Wong di sini, salah seorang pelajar terbaiknya.”

Tidak dapat dipastikan dimana klip ini dirakam, tetapi ia berkemungkinan di California di mana Lee menubuhkan sekolah Keet Kune Do dan Wong adalah salah seorang muridnya.

Dalam klip tersebut, anda boleh melihat bagaimana Wong beberapa kali cuba untuk mendekati Lee. Namun kepantasan respon dan kelancaran gerakan memudahkan Bruce Lee untuk memintas setiap serangan dari Wong.

Siapa Ted Wong?

Ted Wing juga adalah pengamal martial art dan dikenali sebagai salah seorang murid Lee. Dilahirkan di Hong Kong pada 1937, Wong meninggal dunia pada 2010 pada usia 73 tahun.

Wong hanya pernah berguru dengan Lee dan tidak pernah menyertai bidang martial arts yang lain. Ini bermakna ilmu yang diturunkan oleh Wong kepada pelajar lain adalah legasi peninggalan Bruce Lee yang asli.

Wong turut pernah menulis beberapa buku mengenai martial arts dan beliau turut disenaraikan di dalam Black Belt magazine’s Hall of Fame sebagai ‘Man of the Year’ pada 2006, di usia 69.

Pertemuan kali pertama beliau dengan Bruce Lee adalah pada 1967 di Los Angeles, California ketika Lee tampil dalam satu seminar mengenai Kung Fu.

Walaupun pada mulanya Wong dikatakan meminati tinju, beliau begitu kagum dengan Lee sehingga menyebabkan beliau menyertainya di Institut Jun Fan Gung Fi milik Lee di Los Angeles.

Bruce Lee meninggal dunia pada usia 32 tahun. Namun gaya pertarungannya masih disebarkan ke seluruh dunia sehingga ke hari ini.

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email