Braithwaite Sentiasa Berimaginasi, Yakin Jadi Penjaring Terbanyak La Liga Bersama Barcelona

Beraksi bersama ramai pemain terbaik dunia di Nou Camp, Martin Braithwaite yakin dirinya mampu menjadi antara penjaring terbanyak di saingan La Liga bersama Barcelona.

Penyerang berusia 28 tahun itu kali terakhir menghasilkan jaringan dua angka pada tiga musim lalu, bersama empat kelabnya sebelum ini.

Braithwaite mencuri tumpuan apabila menyertai Barcelona dari Leganese dengan tanda harga €18 juta di luar jendela perpindahan sebagai pengganti kepada Luis Suarez da Ousmane Dembele yang mengalami kecederaan jangka masa panjang.

Pemain itu telah menjaringkan 10 gol dalam tempoh semusim setengah bersama Leganese, empat gol ketika dipinjamkan ke Bordeaux, dan lapan gol dari 36 perlawanan Championship bersama Middlesbrough.

Namun dengan adanya pemain seperti Lionel Messi sebagai rakan sepasukan, pemain antarabangsa Denmark itu yakin beliau akan memiliki lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol.

“Saya harus berada di dalam kesebelasan utama untuk menjadi penjaring,” kata Braithwaite kepada DR.

“Apabila anda bermain untuk Barcelona, anda akan mendapat lebih banyak peluang. Maka saya tiada keraguan akan kemampuan untuk menjaringkan lebih banyak gol, dan menajadi salah seorang penjaring terbanyak liga. Itulah sebabnya saya ke sini.

“Saya harus bekerja kerasa dan percayakan diri. Saya telah banyak kali melihat sepanjang karier ini, bagaimana kerja keras akan dibalas dengan hasil yang besar.

“Sekarang saya berusaha lebih keras daripada apa yang saya pernah lakukan, maka saya juga yakin akan mendapat hasil yang baik.

“Sekarang ini waktu rehat panjang, dan saya melihat ia sebagai satu kelebihan. Saya sedar tidak ada orang lain yang berlatik sekeras yang saya lakukan. Apabila saya kembali, saya akan bersedia secara fizikal dan juga mental.

“Sebelum ini ianya belum lagi bermula. Saya belum lagi berkesempatan membuktikan kemampuan diri. Saya berpendapat saya telah memulakannya dengan baik, tetapi saya juga tahu saya mampu berbuat lebih baik.”

Setakat ini Braithwaite telah melakukan tiga penampilan untuk Barcelona.

Tampil dari bangku pemain simpanan menentang Eibar, dan dalam perlawanan El Clasico di mana Barcelona tewas kepada Real Madrid, Braithwaite kemudiannya tampil dalam kesebelasan utama ketika Barcelona merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad.

Pemain ini jelas penuh dengan keyakinan, dan berkata beliau sentiasa tenang mengenai peluag beraksi di Nou Camp tiba lagi. Malah beliau turut menggunakan teknik visual atau imaginasi untuk melakukan persediaan.

“Saya menanti peluang untuk beraksi lagi, dan saya tahu saya akan meletup kali ini,” tambah Braithwaite lagi.

“Saya menunggu bila kita akan dibenarkan bermain lagi

“Saya sangat tenang dan yakin dengan kemampuan diri saya.

“Saya juga menghabiskan banyak masa berimaginasi bagaimana keadaan akan saya lakukan. Saya selalu melihat ke dalam kehidupan di hadapan dengan melakukan visual di dalam kepala saya.

“Jadi saya amat teruja dan menanti untuk kembali kerana apa yang berlaku nanti pasti hebat.”

Kongsi artikel ini