Presiden UEFA Aleksander Ceferin membayangkan semua saingan liga domestik di seluruh eropah pada musim ini bakal dibatalkan – jika ia tidak boleh dimulakan semula selewat-lewatnya pada Jun.
Semua saingan domestik di Eropah mengalam penangguhan akibat penularan wabak coronavirus, dengan kejohanan Euro 2020 kini telah ditangguhkan selama setahun.
Satu-satunya cara pada ketika ini ialah untuk menamarkan saingan di stadium terttutup.
“Jika kita gagal memulakannya kembali, saingan pada musim ini akan berakhir,” ujar Cefarin.
"If we don't succeed in restarting, the season will probably be lost," says UEFA president Aleksander Ceferin indicating that the current football season could be lost if it cannot be restarted by the end of June #UEFA pic.twitter.com/Hb7Y7Gt8Dr
— PakPassion Sport (@PakPassionSport) March 29, 2020
“Kita ada sediakan Plan A, B dan C,” kata beliau lagi kepada akhbar Itali, La Repubblica.
“Tiga pelan tersebut ialah untuk memulakan saingan pada pertengahan Mei, awal Jun dan pada hujung Jun.
“Ada juga kemungkinan ia disambung pada awal musim, diikuti dengan musim baru selepas itu. Kita akan lihat kemudian apa penyelesaian terbaik untuk setiap liga dan kelab bertanding”
Season could be lost, says Uefa boss Aleksander Ceferin https://t.co/LVnrQToXYH pic.twitter.com/KSY5UHfbO5
— Sun News GH (@SunNewsGH2) March 28, 2020
Bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), terdapat sembilan lagi perlawanan yang harus diharungi.
Semua saingan di England ditangguhkan sehingga 30 April buat masa ini.
“Ianya sukar untuk saya membayangkan bagaimana baki perlawanan diteruskan di stadium tertutup, kita pun tidak tahu adakah saingan akan diteruskan, sama ada dengan atau tanpa penonton.
“Jika tiada alternatif, adalah lebih wajar semua pertandingan dibatalkan sahaja.”
Untuk rekod kali terakhir Liga Inggeris dibatalkan adalah pada musim 1939/1940 akibat meletusnya Perang Dunia ke-2 pada ketika itu.
Blackpool adalah pendahulu liga pada musim tersebut, namun tiada kejuaraan diiktiraf seluruh musim akibat pembatalan itu.