Bos Repsol Honda Dakwa Rossi Hasilkan Penyokong ‘Hooligan’ Di Moto GP

Pengarah Team Repsol Honda Livio Suppo mendakwa Valentino Rossi telah menghasilkan penyokong yang dilabel sebagai ‘hooligan’ di Moto GP.

Ia adalah berdasarkan pengalaman dan apa yang beliau saksikan sendiri dalam insiden kontroversi di garaj Repsol Honda selepas perlumbaab di Moto GP Malaysia pada 2015.

Walaupun tidak menafikan bahawa Rossi mempunyai penyokong yang ramai dan penunggang itu mempunyai pengaruh yang besar, Suppo tetap melabel sebahagian daripada peminat pelumba dari Itali itu selayaknya digelar ‘hooligan’.

“Secara sejarah, penyokong di balapan perlumbaan menghormati pelumba lain karena mereka dianggap ibarat pahlawan.

“Rossi adalah pahlawan hebat, tetapi dia memberi sukan ini kumpulan penyokong bersikap seperti hooligan, yang hanya menyokong dan bersependapat dengan dia di atas trek,” kata Suppo seperti yang dikutip dari AS.

Suppo kemudian menceritakan apa yang terjadi di garaj Repsol Honda selepas insiden perlumbaan di Moto GP Malaysia pada 2015 di Sirkit Sepang.

Suppo mendakwa sejumlah penyokong dan kenalan kepada Rossi menghampiri Marquez di garaj team Repsol Honda.

“Pada awalnya kami tidak percaya dengan apa yang terjadi. Perlumbaan berlangsung menarik karena perseteruan Marquez dengan Rossi sangat tegang, tapi ia berakhir terlalu cepat.

“Kami melihat Rossi sengaja menghimpit Marquez. Dia [Rossi] melihat Marquez dan terus menekan enggan memberi ruang,” kata Suppo.

“Ketika Marquez sampai di garaj drama terjadi. Keadaan sedikit huru hara kerana sejumlah penyokong Rossi datang dan marah-marah secara agresif kepada Marquez. Mereka masuk ke garasi, berteriakan dan menyalahkan Marquez atas apa yang terjadi,” tambah Suppo.

Suppo menganggap kontroversi di Moto GP 2015 benar-benar membuat Marquez menjadi penunggang yang lebih dewasa.

“Kemudian kami pergi ke Race Direction dan itu kali pertama Rossi dan Marquez bertemu selepas insiden.

“Ia benar-benar akhir minggu perlumbaan yang tidak akan dilupakan. Ketika itu Marquez masih 22 tahun dan semua orang menekannya,” kata Suppo lagi.

Kongsi artikel ini