Bos Baharu Harimau Malaya Janji Skuadnya Tampil Dengan DNA Menyerang

Pada malam ini , perlawanan persahabatan di antara Harimau Malaya dan kelab dari Singapura Albirex Niigata FC sebelum skuad Kim Pan-gon kembali pulang ke tanah air keesokan harinya.

Perlawanan berkenaan adalah perlawanan tertutup dan kemungkinan tiada program siaran langsung yang dapat ditonton oleh penyokong di kaca televisyen.

Dua siri perlawanan Tri-Nation FAS Series 2022 melibatkan negara Singapura , Filipina dan Malaysia telah pun berakhir dengan satu kemenangan 2-0 ke atas Filipina dan satu kekalahan tipis 1-2 kepada Singapura.

Kim Pan-gon dalam sidang medianya selepas perlawanan menentang Singapura kelmarin , beliau berjanji mengusahakan identiti baharu pasukan yang cenderung ke arah corak menyerang bolasepak, dan mendorong skuad itu untuk terus meningkat bagi memenuhi jangkaan peminat.

Jurulatih yang berusia 52 tahun itu memohon maaf sebanyak tiga kali atas kesilapan mereka dalam perlawanan Derby Causeway malam tadi, namun percaya walaupun tewas 2-1 kepada Singapura , pemain pasukan kebangsaan mampu mempamerkan aksi yang baik menentang pasukan itu. menjadi tuan rumah dan mencipta banyak peluang.

“Bagi saya, secara amnya ia adalah permulaan yang sangat baik, dari semasa ke semasa saya sangat selesa di bangku simpanan. Saya sangat yakin dengan semua persembahan pemain kami dan mereka sangat mengagumkan. Malangnya kami tidak dapat menukar peluang kami walaupun mempunyai banyak peluang.

“Saya fikir kadang-kadang ini berlaku , kita boleh belajar sesuatu dari sini. Bagi saya, ini adalah permainan ujian yang sangat bagus. Saya rasa saya lebih cenderung untuk lebih menyerang. Kami cuba menjadikan identiti bola sepak Malaysia, lebih positif,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan di Stadium Nasional Singapura.

“Selama 10 hari terakhir, saya mempunyai masa yang menakjubkan dengan semua pemain , semangat positif yang ditunjukkan oleh mereka. Kami telah selesaikan misi di sini. Sudah pasti, kami cuba meningkatkan, lebih positif untuk prestasi pemain.

“Saya sangat menghargai kerana mendapat sesuatu (dalam jadual jendela Fifa ini). Kami menggunakan peluang ini untuk cuba menambah baik. Saya rasa kami telah bertambah baik dan kami akan pergi lebih jauh , kita boleh melangkah jauh. Saya sangat positif,” tambahnya.

Kim Pan-gon mahu menyuntik gaya yang lebih berkuasa, agresif, dinamik dan proaktif ke dalam permainan anak buahnya yang akan menghadapi pusingan akhir kelayakan Piala Asia China 2023 yang bermula pada Jun 2022 dan para pemainnya juga berjaya mengikuti pelan apa yang diarahkan oleh beliau.

Skuad Harimau Malaya berada dalam kumpulan E bersama dengan gergasi Asia Bahrain , Turkmenistan dan Bangladesh.

Kumpulan ini dikatakan kumpulan maut namun peminat mengharapkan agar skuad Kim Pan-gon berjaya untuk lolos ke Piala Asia pada tahun hadapan.

Kongsi artikel ini