Expand To Show Full Article
Borneo FC Mahu Berguru Dengan JDT Selepas Tamat PKP - Grandstand Kita

Borneo FC Mahu Berguru Dengan JDT Selepas Tamat PKP

Kelab Liga 1 Indonesia, Borneo FC mahu berguru dengan JDT selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kedua-dua negara tamat.

Buat masa ini Liga 1 Indonesia turut mengalami nasib sama dengan saingan Liga Malaysia yang ditangguhkan akibat penularan wabak yang menggugat kesihatan global.

Namun cadangan tersebut dinyatakan oleh Presiden Borneo FC, Nabil Husein dalam satu artikel yang disiarkan oleh bolalob.com.

Menurut Nabil, beliau amat kagum dengan JDT dan juga Presiden kelab, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang begitu bersungguh dalam membangunkan kelab dari selatan tanah air itu.

BORNEO FC MAHU BELAJAR DARI JDT SELEPAS WABAK COVID-19 PULIHSebuah artikel dari laman web Indonesia mengetengahkan…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Wednesday, April 15, 2020

“Beliau adalah orang yang saya kagumi. Passionnya di sepakbola [ bola sepak] luar biasa. Tentu ini hal positif yang dapat dicontoh untuk klub-klub di Indonesia,” ujar Nabil yang dipetik oleh laporan tersebut dari laman sesawang rasmi Borneo FC.

Seraya itu Nabil berharap beliau dan rombongan dari Borneo FC berkesempatan untuk berkunjung ke ibupejabat JDT untuk meninjau sendiri kemudahan yang dimiliki kelab tersebut.

Nabil juga berharap agar dirinya dan pengurusan Borneo FC boleh belajar sendiri cara untuk mengendalikan kelab dengan lebih baik

“Insya Allah setelah wabah ini berakhir, saya akan bersilahturahmi ke Johor bertemu beliau. Saya akan ajak teman-teman manajemen Borneo FC untuk visit klub mereka,” ucapnya.

Laporan tersebut turut dikongsi oleh rangkaian media sosial JOHOR Southern Tigers semalam.

Kongsi artikel ini