Ia ibarat satu mimpi ngeri kepada pasukan Selangor FC selepas dibelasah oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) 5-1 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada malam tadi.
Reds Giants yang bertekad ingin meleburkan rekod tanpa kalah JDT atau sekurang-kurangnya memungut satu mata di gelanggang mereka namun ia tidak menjadi kenyataan.
Sebaliknya anak-anak buah Benjamin Mora merosakkan momentum Selangor FC dengan pesembahan berkualiti tinggi dan merobek gawang Selangor dengan gol-gol yang amat menarik.
KEPUTUSAN MASA PENUH – PERLAWANAN TERTUNDA LS5
Johor Darul Ta’zim meraih tiga mata penuh di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/C5oCYk9Ha8
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) June 24, 2022
Khairul Azhan yang menjadi penjaga gawang utama Selangor FC menerima kecaman para penyokong selepas beliau melepaskan lima gol dalam perlawanan berkenaan.
Prestasi hambar penjaga gol kedua kebangsaan yang ditunjukkan dalam keseluruhan perlawanan membangkit amarah daripada para penyokong Selangor.
Berikan komen anda tentang persembahan Khairulazhan Khalid 👇#JDTSEL#LigaSuper2022 pic.twitter.com/wTVUSWP6QT
— Sukanz. (@sukanzcom) June 24, 2022
Gol-gol JDT diledakkan oleh Bergson , Forestieri , Leandro dan pemain naturalisasi Sumareh.
Apa yang menjadikan penyokong Selangor naik angin ke atas Khairul Azhan adalah percubaan daripada Bergson dari sudut sukar di luar kotak penalti yang sepatutnya dapat diselamatkan oleh penjaga gol itu.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) June 24, 2022
Ia adalah salah satu gol dari empat gol yang dilepaskan oleh Khairul Azhan yang dijaringkan dari luar kotak penalti.
35' GOL | Top corner! Gol ketiga JDT hadir menerusi rembatan Leandro Velazquez dari luar kotak penalti.@OfficialJohor 3-0 @selangorfc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/vUsHEz6T78
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) June 24, 2022
24' GOL | Sepakan percuma Fernando Forestieri menewaskan Khairulazhan Khalid untuk gol kedua JDT!@OfficialJohor 2-0 @selangorfc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/05hMq4dsc8
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) June 24, 2022
3’ GOL | Bergson meletakkan JDT di depan dengan gol ke-10 peribadinya musim ini! @OfficialJohor 1-0 @selangorfc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/kvv7AlL6q5
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) June 24, 2022
Tidak keterlaluan juga diperkatakan , prestasi Khairul Azhan menjadikan moral para pemain Selangor menjadi rendah ketika pemain seperti Mukhairi Ajmal , Brendan Gan , dan Safuwan berhempas pulas di atas padang berusaha untuk bersaing dengan pemain JDT.
What a strike from Fernando Forestieri, but questions must be asked about Khairulazhan.
He was suspect for both goals. Maybe it's time for Samuel Somerville to be given a chance. #MSL2022 #JDTSEL
— T. Avineshwaran (@avineshW90) June 24, 2022
Dengan prestasi merundum yang ditunjukkan oleh penjaga gol berusia 32 tahun itu , kebanyakan para penyokong Selangor FC mengharapkan Khairul Azhan digantikan dengan Samuel Somerville oleh pengendali Selangor FC dalam perlawanan akan datang.
JDT VS SELANGOR HEAD TO HEAD RECORD
Get your tickets now! — https://t.co/xXmiDEMpEX#JDTvSEL#LigaSuper2022#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/L3BirjuMCu
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 24, 2022
Kini JDT terus melebarkan rekod ke atas pasukan Selangor FC dengan 14 kemenangan dalam 24 siri pertemuan antara pasukan berkenaan.