Bekas bintang skuad kebangsaan Thailand, Sarawut Masuk yang pernah diugut lintah darat sebelum menghilangkan akhirnya ditemui semula.
Laporan media di Thailand berkata Sarawut akhirnya keluar dariada persembunyian untuk menemui Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Somyot Poolpunmuang pada Rabu lalu.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan FAT, Sarawut mengakui dirinya mengalami masalah peribadi dan juga masalah kewangan.
Beliau datang menemui FAT untuk mendapatkan bantuan.
Seems nobody can get in touch with Sarawut Masuk. People ask him to contact them as many are ready to help.https://t.co/Tz2jY3XvoJ
— Svein Falk Lorentzen (@SveinFalk) April 11, 2020
Walaupun pemain berusia 29 tahun itu mengakui dirinya mempunyai masalah hutang, beliau menegaskan ia tiada kaitan dengan bola sepak.
Sarawut dan isterinya telah bercerai, dan bersetuju agar penjagaan anaknya kepada isterinya itu.
Pemain itu mengakui dirinya mengalami tekanan selepas bergaul dan mempunyai kontak dengan mereka yang telah dijangkiti wabak baru-baru ini.
Masih ingat dengan Sarawut Masuk? Pemain Thailand yg pernah melawan Indonesia di AFF 2016.
Kini ia dikabarkan "Hilang" ,karena mendapat ancaman pembunuhan krn tak sanggup bayar utang akibat judi bola. pic.twitter.com/CuXTBUIM8l— Update Score Bola (@UpdateBolabola) April 14, 2020
Menurutnya lagi, disebabkan perkara itu beliau memutuskan untuk mengasingkan dirinya.
Somyot sebelum itu meminta Sarawut untuk keluar dari persembunyiannya, selepas heboh di dada akhbar pemain itu hilang sejurus mendapat ugutan dari lintah darat.
Kehilangan pemain itu secara tiba-tiba menyebabkan kelab Nongbua Pitchaya yang berada di Liga Thai 2 menamatkan kontrak pemain tersebut.
Somyot kemudiannya turut meminta Jawatankuasa Disiplin FAT untuk mencari jalan membantu pemain tersebut.
Nongbua Pitchaya has terminated the contract with Sarawut Masuk as he hasn`t showed up for training for a while and the club can`t get in touch with him. pic.twitter.com/NrfElE3v5d
— Svein Falk Lorentzen (@SveinFalk) April 3, 2020
Sarawut pernah dianggap sebagai prospek pemain muda berbakat di Thailand satu ketika dahulu.
Beliau menjaringkan gol kemenangan Thailand menentang Indonesia di perlawanan akhir Sukan SEA 2013.
Selepas menyerlah di kejohanan tersebut, Sarawut kemudiannya menyertai Muang Thong United dan juga Bangkok Glass.
Beliau gagal menyerlah di Bangkok Glas ( kini dikenali sebagai BG Pathum), dan kemudiannya dipinjamkan ke Nathon Ratchasima dan PTT Rayong.
Sarawut kemudiannya menyertai Nongbua Pitchaya pada tahun ini sebelum liga ditangguhkan.