Salah seorang anggota kumpulan K-Pop terkenal dijangka akan hadir untuk membuat persembahan dalam perlawanan pertama K-League 2 Chungbuk Cheongju FC di tenpat sendiri pada musim akan datang
Ia adalah sebahagian daripada usaha kelab itu untuk di tempat mempromosikan kelab itu. Bintang K-Pop yang dimaksudkan pula adalah Minho daripada kumpulan SHINEE.
Cheongju bakal beraksi buat kali pertama di dalam saingan K-League 2 pada musim ini. Dan perlawanan pembukaan kelab itu di K-League 2 yang bermula pada 1 Mac hadapan adalah menentang Seoul E-Land turut berpotensi menyaksikan penampilan pertama pemain negara, R. Kogileswaran bersama kelab Korea Selatan itu.
KUALA LUMPUR, 12 Januari- Bekas pemain Petaling Jaya (PJ) City FC, R. Kogileswaran, sah diikat kelab daripada Liga Korea Selatan, Chungbuk Cheongju FC.https://t.co/UJ55XiQCmz
'Yang sahih di Berita RTM'#RTM #BeritaRTM pic.twitter.com/cPfdl8XM8o
— Berita RTM (@beritartm) January 13, 2023
Minho bagaimanapun dijangka melakukan penampilan di dalam aksi pertama Cheongju di tempat sendiri pada 4 Mac hadapan menentang Gimcheon Sangmu.
Ini bermakna penampilan pertama Kogileswaran di hadapan penyokong Cheongju FC akan dimeriahkan oleh persembahan Minho sekiranya perancangan tersebut direalisasikan.
SHINEE adalah kumpulan penyanyi berkumpulan lelaki yang terkenal di Korea Selatan dan mula berkecimpung di dalam dunia nyayian sejak 2008 lagi.
Selain daripada Minho, SHINEE pada hari ini turut terdiri daripada Taemin, Key dan Onew. Buat masaa ini tidak dapat dipastikan sama ada anggota kumpulan yang lain akan menyertai Minho di Stadium Cheongju nanti.
K-Pop star Choi Min-ho or simply Minho, one of the four members of the popular Korean boy band SHINee is now in Manila for his scheduled fan meet happening this Saturday, January 28 at the Mall of Asia Arena.
Know more: https://t.co/eGM0xrw9zJ pic.twitter.com/a2Onr4fvmg
— BusinessMirror (@BusinessMirror) January 28, 2023
Usaha membawa SHINEE untuk melakukan penampilan di Stadium Cheongju juga tidak mustahil kerana salah seorang anggota kumpulan itu, iaitu Minho adalah anak kepada Ketua Jurulatih Chungbuk Cheingju FC, Choi Yun-kyum.
Menurut Yun-kyum, Minho setakat ini sudah menyatakan persetujuan untuk hadir ke Stadium Cheongju di perlawanan pertama di tempat sendiri pada musim ini.
Bekas pemain Petaling Jaya (PJ) City FC, R Kogileswaran sah diikat kelab daripada Liga Korea Selatan, Chungbuk Cheongju FC pada Januari lalu.
Kogileswaran yang turut dikenali sebagai Kogi dimaklumkan mengikat kontrak selama setahun bersama kelab yang bermain di liga divisyen dua (K2) negara itu.
Beliau yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan sebelum ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Singapura, Tampines Rovers namun memilih Liga Korea sebagai destinasi utamanya.
Ini menjadikan Kogileswaran sebagai pemain pertama dari negara ini yang beraksi di Korea Selatan.