Beranikah Tan Cheng Hoe Bertukar Formasi Seperti Keberanian Ole Gunnar Solksjaer Untuk Meraih Kemenangan

Kembalinya empat orang pemain Harimau Malaya yang telah dikuarantinkan selama 10 hari kerana positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan menyerikan kem kebangsaan terutama pengendalinya Tan Cheng Hoe yang kini sedanng bersiap sedia menghadapi Indonesia , Ahad ini pada jam 08.30 malam di Stadium Kallang.

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim , Akhyar Rashid pemain terakhir yang selesai tempoh kuarantin dan menjalani latihan selepas tiga rakannya menyertai semula kem kebangsaan iaitu Faizal Halim (pemain sayap) , Quentin Cheng (pertahanan) dan Khairul Azhan (penjaga gol) pada hari semalam.

Manakala tiga pemain utama Aidil Zafuan , Shahrul Saad dan Junior Etsdal terus diketepikan kerana masalah kecederaan yang mengambil masa untuk pulih.

Kehilangan gandingan dua pertahanan utama ini bakal ditampung oleh pemain warisan Dion Cools dan Dominic Tan untuk menghadapi Indonesia yang mempunyai azam tinggi menewaskan Malaysia.

Indonesia yang berjaya mengikat Vietnam pada dua hari lalu , hanya perlukan seri ke atas Malaysia untuk ke peringkat separuh akhir. Manakala Malaysia mesti wajib menang ke atas skuad Shin Tae-yong untuk mengiringi Vietnam yang tidak ada masalah untuk menewaskan Laos dalam perlawanan yang berlangsungg serentak pada hari dan waktu yang sama.

Strategi Tan Cheng Hoe

Jurulatih kebangsaan ini pasti memerah kudrat dan fikirannya untuk mencipta senjata taktikal ampuh bagi mencapai misi wajid skuad kebangsaan dan membuktikan bahawa beliau yakin dengan kemampuan anak buahnya untuk melangkah sehingga ke perlawanan akhir.

Tetapi ekoran dengan kekalahan dengan Vietnam 3-0 tempoh hari telah membimbangkan ramai pemerhati bolasepak tanah air. Anak buah Tan Cheng Hoe nyata tidak berdaya untuk mengimbangi tempo pantas permainan skuad Park Hang-seo.

Bagaimanapun , jurulatih berusia 53 tahun memberikan alasan punca kekalahan skuadnya disebabkan kecederaan Aidil Zafuan yang menjejaskan taktikal pasukannya. Tewas kepada Vietnam , menyaksikan Harimau Malaya mengharapkan Vietnam juga dapat menumbangkan Sang Garuda namun ia diikat pula.

Strategi Genius ‘Park The Bus’ Shin Tae-yong

Jurulatih yang berasal dari negara Korea Selatan , mengejutkan rakan sejawatnya Park Hang-seo di mana mereka berjaya menyerap segala asakan skuad Naga Emas itu sehingga tamat perlawanan tanpa jaringan gol.

first half Indonesia Vietnam AFF 2020

Menggunakan taktikal parking bus 5-4-1 , Vietnam tidak dapat melancarkan serangan dengan baik dengan hanya memiliki dua percubaan tepat ke gawang Indonesia sepanjang 90 minit perlawanan.

Jurulatih itu tahu , mereka tidak mampu menang ke atas pasukan yang mempunyai ranking FIFA 100 ke bawah. Namun , dengan keberani membuat sedikit perubahan taktikal untuk mencapai misi seri ia sudah cukup berjaya bagi Indonesia.

Keberanian Ole Gunnar Solkjaer guna formasi Antonio Conte

Ole Gunnar Solksjaer adalah jurulatih yang akhirnya dipecat selepas prestasi Manchester United menjunam setelah banyak mencatatkan kekalahan berbanding kemenangan pada waktu ini sehinggakan penyokong mahukan Ole dipecat dan digantikan dengan pengurus baharu termasuk nama yang dicanangkan seperti Antonio Conte

Jurulatih itu mengejutkan seluruh penyokong Red Devils apabila beliau membariskan kesebelasan utamanya menentang Tottenham Hotspur dengan formasi yang tidak pernah dicuba olehnya sebelum ini iaitu 3-5-2

Ole yang kebiasaan menggunakan satu penyerang tunggal dengan formasi 4-2-3-1 ternyata berjaya membenam Spurs dengan keputusan 3-0 dan ramai yang memuji taktikal beliau yang berani membuat perubahan untuk kebaikan pasukannya dari terus ditertawakan.

Taktikal itu juga menyelamatkan seketika jawatan pengurus berasal daripada Norway itu namun , sebaliknya Nuno yang dipecat dan Conte menuju ke Spurs

Pilihan taktikal Stanley Bernard formasi 3-4-3

Ketua Eksekutif Kuala Lumpur City FC yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan menyifatkan sistem 3-4-3 adalah pilihan yang baik bagi dirinya untuk pertemuan dengan Indonesia.

Formasi 3-4-3 Stanley Bernard Malaysia Indonesia

Bernard juga memberikan penjelasan kepada pilihan pemain-pemain yang boleh bermain mengikut formasi itu dengan menggariskan beberapa pelan taktikal permainan di dalam rancangan Astro Arena kelmarin.

Pendirian taktikal Tan Cheng Hoe

Apakah kemampuan taktikal yang kebiasaan TCH gunakan mampu menewaskan Indonesia?Apakah pilihan yang ada untuk memastikan Harimau Malaya mampu memungut tiga mata dan melangkah ke separuh akhir?

Kemungkinan Tan Cheng Hoe masih mengekalkan taktikal yang sama tetapi tidak dapat dipastikan pemain manakah yang akan menjana jentera tengah kerana bahagian itu menjadi titik kelemahan utama ketika tewas diperbudakkan oleh Vietnam tempohari.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email