Benzema Anggap Dirinya Seperti Jentera F1, Perli Giroud Seperti Go-Kart

Penyerang Real Madrid, Karim Benzema beranggapan dirinya seperti sebuah jentera Formula 1, tetapi pada masa yang sama menyamakan bekas rakan sepasukan di dalam pasukan Perancis, Olivier Giroud seperti sebuah kereta go-kart.

Perumpaan tersebut digunakan oleh Benzema untuk membezakan keupayaan beliau dengan penyerang Chelsea itu.

Benzema tidak beraksi bersama pasukan Perancis sejak 2015, manakala Giroud pula beraksi dalam perlawanan terakhir kelayakan eropah ketika menang ke atas Albania pada November lalu,

Malah penyerang itu turut beraksi dalam semua perlawanan membabitkan Perancis di Piala Dunia 2018, untuk membantu negara tersebut muncul juara dunia.

Benzema berkata: β€œAnda tidak akan keliru melihat kereta F1 dan go-kart, dan saya sebenarnya sangat baik hati (berkata demikian.”

Benzema berkata demikian ketika melakuka sesi soal jawab melalui Instagram miliknya.

β€œSaya tahu saya ibarat sebuah jentera Formula 1. Ia sebegitu kerana dia ada di sana. Tetapi ia tidak spektakular.

β€œ[Antoine] Griezmann dan [Kylian] Mbappe dilihat bekerja sangat keras, tatkala dia hanya santai melakukan kerja kotor untuk pasukan. Adakah semua orang suka permainannya? Saya tidak tahu.”

Benzema telah tampil dalam lebih 500 perlawanan untuk Reak Madrid dan telah menjaringkan 19 gol dari 32 penampilan pada musim ini.

Musim ini juga merupakan musim ke-11 Benzema bergelar pemain Real Madrid.

Giroud pula telah menjaringkan 39 gol dari 97 penampilan untuk Perancis, tetapi hanya beraksi dalam lima perlawanan untuk Chelsea di Premier League pada musim ini.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps menggugurkan Benzema pada 2015 setelah pemain itu disiasat berhubung satu video sex yang digunakan untuk mengugut rakan sepasukan.

Β 

Kongsi artikel ini