Benjamin Mora Nyatakan Hasrat Ikut TMJ Undur Diri, Tinggalkan JDT

Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora juga menyatakan hasratnya untuk meninggalkan juara Liga Super Malaysia (MSL) lapan kali beturut-turut itu sekiranya pemilik kelab, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkora Johor (TMJ) bertindak melepaskan peranannya bersama kelab itu.

TMJ sebelum ini mengejutkan arena bola sepak tempatan apabila menyatakan hasratnya untuk meninggalkan peranan bersama JDT untuk memberikan komitmen kepada perkara lain, terutama berkaitan pentadbiran negeri Johor.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” kata TMJ beberapa hari yang lalu melalui satu kenyataan rasmi.

Reaksi pemain dan jurulatih

Pengumuman tersebut turut mendorong ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon merayu agar TMJ mempertimbangkan kembali keputusan tersebut, mengambil kira sumbangan besar Baginda kepada bola sepak Johor dan tanah air sejak 2013.

Beberapa pemain dan bekas pemain yang pernah bersama JDT turut menganggap tindakan JDT melepaskan peranan untuk menguruskan kelab tersebut sebagai satu kehilangan besar.

Sejak mengambil alih tampuk pengurusan bola sepak di negeri Johor, TMJ telah menerajui JDT menjuarai pelbagai kejuaraan termasuk Piala AFC pada 2015.

Benjamin Mora ikut jejak langkah TMJ

Melalui satu perkongsian di IG Story, Ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora turut meluahkan kesedihan beliau dengan keputusan TMJ itu.

“TMJ adalah JDT, begitu juga sebaliknya. Mereka tidak boleh dipisahkan dan saling memerlukan antara satu sama lain.

“TMJ adalah ‘pencipta’, seorang pemimpin dan satu-satunya yang bertanggungjawab terhadap semua hal. Bola sepak Malaysia perlukan TMJ.

“Jika TMJ pergi, Moro akan menyusul!” Kata jurulatih yang berasal dari Mexico itu.

Sepertimana TMJ, jurulatih berusia 42 tahun itu adalah tunjang kejayaan JDT sejak menyertai kelab itu sejak 2015.

Pada musim ini, Mora mencipta sejarah tersendiri bersama JDT apabila buat kali pertama membawa kelab itu melepasi halangan peringkat kumpulan dan mara ke pusingan kalah mati pertandingan AFC Champions League.

Kongsi artikel ini