Belanjawan 2021 : Sektor Sukan Negara Terima RM 225 Juta

Belanjawan tahun 2021 yang telah diperbentangkan oleh YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz , Menteri Kewangan Malaysia telah menyaksikan RM 322.5 billion sebagai peruntukan yang terbesar dalam sejarah perbelanjaan belanjawan Malaysia.

Sektor sukan masih mendapat perhatian daripada kerajaan dalam belanjawan negara dengan menerima peruntukan sebanyak RM 225 juta.

Peruntukan ini akan diberikan kepada beberapa pecahan dan diantara yang mendapat keutamaan ialah pembangunan sukan berprestasi tinggi dan sukan elektronik ( esport) sebanyak RM 55 juta.

Kerajaan juga turut prihatin dengan nasib perniagaan operator fasiliti sukan yang terjejas akibat pandemik Covid 19 dengan memberikan bantuan Bantuan Pinjaman Mudah daripada agensi TEKUN Sukan sebanyak RM 20 juta.

Sebanyak RM 103 juta diperuntukkan untuk membina , menaiktaraf dan menyelenggara kemudahan sukan awam di seluruh negara.

Kerajaan juga memperuntukan RM 19 juta bagi agenda sukan dan gaya hidup sihat , RM 28 juta melaksanakan program Myfit , Hari Sukan Negara dan Inspire OKU . Manakala RM 19 juta bagi agenda sukan dan gaya hidup sihat.

Usaha kerajaan dalam memperuntukkan bajet RM 55 juta kepada sukan berprestasi tinggi seperti hoki , badminton , ragbi , esukan dan program pembangunan atlet wanita mendapat pujian daripada Menteri KBS , Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican.

Dalam kenyataan beliau , tindakan kerajaan tidak melupakan pelaburan dalam sektor sukan terutama dalam pembangunan sukan dan persiapan atlet bagi menghadapi beberapa temasya sukan Dunia seperti Sukan Olimpik , Sukan Paralimpik ( Tokyo 2020 ) serta Sukan Sea dan Sukan Para ASEAN 2021.

Beliau mewakili Kementerian Belia dan Sukan Malaysia mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan dan kesungguhan Kementerian Kewangan menyediakan keperluan realistik dengan mengambil kira keperluan semasa.

 

Kongsi artikel ini