Bekas Pertahanan Negara Gusar Prestasi Luqman Hakim Shamsuddin Dalam Skuad Kebangsaan

Pemain muda yang berpengkalan di kelab KV Kortrijk Belgium , Luqman Hakim Shamsuddin masih belum menemui jaringan pertamanya dalam skuad Harimau Malaya meskipun telah membuat penampilan ke-8 dalam skuad kebangsaan yang kini di bawah pengendali yang baharu Kim Pan-gon.

Pemain berusia 22 tahun ini sering menjadi pemain gantian termasuk dalam dua perlawanan persahabatan , masih belum menunjukkan potensi yang sebenar dan belum dapat menjaringkan gol sulungnya dalam kancah saingan antarabangsa.

Situasi pemain ini menjadi kegusaran dan mendapat perhatian daripada lagenda bolasepak Malaysia , Shahrom Kalam serta Shukor Adan yang merupakan bekas pertahanan kental Harimau Malaya satu ketika dulu ketika program perlawanan Malaysia dan Singapura di Astro Arena malam tadi.

Malaysia yang terpaksa akur dengan kekalahan kepada tuan rumah hasil jaringan dua gol oleh penyerang Singapura yang berpengkalan di kelab Thailand , Ikhsan Fandi menyaksikan rekod permulaan baik era Kim Pan-gon sedikit terencat.

“Untuk saya tiga tahun sepatutnya dalam usia 22-23 bukan duduk di bench (bangku simpanan). Mula-mula kita menunggu dan menunggu tapi bila dah masuk tahun ke-3, itu bukan menunggu lagi.” itu pandangan Shukor Adan mengenai prestasi pemain muda tersebut.

Pendekatan Pan Gon 'benda luar biasa' - Luqman Hakim

Shukor Adan juga sering tertanya adakah pemain ini dapat bermain dalam perlawanan kompetetif kelabnya dan memberikan perbandingan pemain Singapura yang bermain di kelab luar dan menjadi pemain ‘regular’dalam kebelasan utama menampakkan kebolehan dalam mewakili skuad negara Singa Putih itu.

Ini mungkin merujuk kepada anak penyerang lagenda Singapura , Fandi Ahmad iaitu Ikhsan Fandi yang bermain untuk kelab BG Pathum United pada musim ini dan juga telah menjaringkan beberapa gol dalam Liga Thai 1.

Penyerang bertubuh tegap dan tinggi ini ternyata menjadi ancaman serius kepada gandingan pertahanan tengah Harimau Malaya , Aidil Zafuan dan Syamsul Saad sehingga mampu menjaringkan dua gol dalam separuh masa pertama dan kedua.

Kualiti yang ada pada penyerang ini yang juga digelar sebagai ‘Fandi Brothers’ kerana dua adik beradiknya juga bermain bolasepak dan mewakili negara Singapura seperti Irfan Fandi yang bermain di posisi pertahanan mempunyai kualiti luar biasa seperti ayahnya juga.

Bekas pertahanan Selangor , Shahrom Kalam berpandangan Luqman mempunyai kekurangan yang ketara iaitu dalam ‘membuat keputusan’ ketika sedang bermain.

“Iya dia usaha , dia kerja. Kita nampak dia buat larian , tekanan tetapi dalam membuat keputusan , dia nampak sedikit lack (lemah) dan sepatutnya dia perlu lebih banyak perlawanan.

Selepas ini dua aksi persahabatan Tier 1 Harimau Malaya beraksi dalam perlawanan tertutup menentang kelab Liga Singapura, Albirex Niigata FC Singapura pada Isnin depan.

 

 

Kongsi artikel ini