Bekas Penyerang JDT, Gonzalo Cabrera Bersara Daripada Bola Sepak

Bekas penyerang import JDT, Gonzalo Cabrera dilaporkan sudah bersara daripada bola sepak sepenuhnya.

Keberadaan pemain itu yang dianggap legenda skuad Harimau Selatan sebelum ini sering menjadi tanda tanya peminat bola sepak tempatan sejak diumumkan meninggalkan JDT pada penghujung musim 2021.

Menurut sebuah akaun bola sepak tempatan di Instagram, Cabrera sudah lagi tidak bermain bola sepak sejak meninggalkan JDT.

Sebelum ini tiada sebarang pengumuman dilakukan oleh pemain itu dan bekas kelab, dan Cabrera juga dikatakan sememangnya tidak aktif di media sosial kerana mahu kekal low profile.

Sejak menyertai JDT pada 2017, Cabrera telah  meraih lima kejuaraan Liga Super, 4 Piala Sumbangsih, dan dua kejuaraan Piala Malaysia.

Sikap profesional dan kejayaan yang diraih bersama JDT menjadikan Cabrera antara pemain import yang dekat di hati penyokong JDT

Antara momen terbaik Gonzalo Cabrera bersama JDT sudah tentu apabila berjaya tampil sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu pada 2019.

Beliau juga diingati peminat apabila jaringan menentang PJ City FC pada 11 April lalu dianggap yang terpantas pada musim 2021, dihasilkan selepas 39 saat perlawanan berlangsung.

Gonzalo Cabrera turut tidak ketinggalan meninggalkan impak di pertandingan elit peringkat kelab Asia untuk JDT.

Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim buat kali pertama untuk pertandingan AFC Champions League pada 12 April 202o, JDT mengejutkan gergasi Korea Selatan, Suwon Bluewings dengan jaringan 2-1.

Gol hasil sepakan penalti Cabrera dalam perlawanan tersebut adalah jaringan pertama JDT di peringkat Asia yang dihasilkan di Stadium Sultan Ibrahim.

Pemain tersebut sebelum ini pernah dicanang akan menjadi pemain naturalisasi seterusnya untuk JDT sebelum dinafikan oleh pihak kelab.

Kongsi artikel ini