Expand To Show Full Article
Bekas Pemain PDRM FA Dedah Sisi Berbeza Khalid Jamlus Yang Ramai Tidak Tahu - Grandstand Kita

Bekas Pemain PDRM FA Dedah Sisi Berbeza Khalid Jamlus Yang Ramai Tidak Tahu

“Takkan Aku Nak Latih ‘Tukang Kebun’”. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Khalid Jamlus ketika sidang media baru-baru ini.

Rata-rata peminat dan penyokong bola sepak tempatan melihat kenyataan daripada bekas pemain kebangsaan itu sebagai angkuh.

Ini menyebabkan Khalid menerima kritikan ramai. Tidak kurang yang menuduh beliau seolah-olah merendah rendahkan pekerjaan tukang kebun.

Nama Khalid Jamlus menjadi sebutan ramai sejak beberapa minggu lalu selepas beliau bertindak menjual pingat dan memorablia yang diperolehi ketika masih giat bergelar pemain.

Tindakan beliau tersebut dipercayai kerana desakan hidup dan keperluan kewangan selapas sukar mendapatkan pekerjaan di dalam industri bola sepak selepas tidak lagi bergelar pemain.

Khalid minta maaf

Namun Khalid Jamlus menegaskan beliau tidak berniat untuk memperlekehkan tukang kebun.

Selain itu Khalid Jamlus turut berkongsi cerita di mana beliau sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan untuk menyara keluarganya.

Ini termasuk menjadi kuli dan juga runner.

Dan Khalid juga pada akhir kenyataannya telah meminta maaf jika ada yang tersinggung dengan kenyataan beliau.

Dipetik daripada facebook rasmi miliknya, Khalid Jamlus berkata:

“Kepada semua anda di sana yang pernah disanjungi, tetiba menjadi kehidupan seperti saya buat apa yang terbaik tuk melangsungkan kehidupan, yang penting demi masa depan anda.”

Kepada semua anda di sana yg pernah di sanjungi,tetiba menjadi kehidupan seperti saya buat apa yg terbaik tuk…

Posted by -Khalid Jamlus- on Wednesday, July 8, 2020

“Baiklah, aku cerita lagi pada anda selepas saya tamat menjadi coach PDRM saya bekerja menjadi runner di APAD.”

Melalui muat naik yang sama, Khalid turut menafikan beliau berlagak dan memilih kerja.

Malah beliau mengaku pernah bekerja di dalam bidang lain yang tiada kaitan dengan bola sepak untuk menyara keluarganya.

“Adakah saya belagak dan memilih kerja? Tak!”Tambah beliau lagi.

“Dan [saya] penah berkerja sebagai kuli di satu syarikat kontraktor.”

“So mengenai pasal tukang kebun, kalau katakan tu kerja saya esok hari atau jadi security guard saya kerja, kalau itu kerja hakiki saya.”

“Cuma ramai mempersoalkan, kau sebagai bekas pemain kebangsaan dan mempunyai pengalaman yang luas. Adakah tu pilihan terbaik?”

“Cuma di sini jika ada peluang yang bersesuaian dengan kebolehan saya je.”

“Maaf kalau kata-kata saya menyinggung perasaan anda, I’m sorry.”

Perkongsian Izzat Kamil

Izzat Kamil adalah bekas pemain yang pernah berlatih di bawah seliaan Khalid Jamlus di PDRM FA.

Izzat kini beraksi bersama Kuala Lumpur Rovers di Liga M3.

Selepas timbul kisah kontroversi Khalid dan kecaman yang diterima oleh legenda Perak itu, Izzat berkongsi di Twitter mengenai sisi lain mengenai peribadi Khalid yang ramai tidak tahu.

“Actually KJ [Khalid Jamlus] ni bagus dalam coaching. 1 tahun lepas [selepas] baik dari ACL. insan ni la yang sanggup datang pukul 3/4 [petang] dekat padang pulapol and bagi extra training dekat aku,” ujar beliau melalui ciapan di Twitter.

“Passion [semangat dan kesungguhan] dia dalam bola memang sangat tinggi. Cuma dia ada satu sikap yang korang [mungkin] akan rasa kurang senang.

“Tapi bagi aku itu adalah dia “KJ” itulah diri dia bila kau borak pasal bola or whatever. [Sikap] ‘Angkuh’ itulah yang perlu ada bagi seseorang striker [penyerang]. Tapi mungkin [Khalid] terbawa-bawa [dari padang] kot.

“Banyak aku belajar dari dia. Bila dalam group [berkumpulan] kau akan rasa tak selesa dengan dia.

“Tapi bila kau face to face dengan dia, gentle, kau akan rasa aura dia. [Saya] pernah terfikir untuk stop [bermain] bola.

“Tapi bila dia brain wash aku, semangat tu datang balik.

“Korang tahu. dia ajar aku dari kosong. Xara passing, controlling, dribbling, shooting, long ball. Semua la. Bagi aku dia memang boleh lahirkan beberapa lagi striker macam dia. Cuma player tu tahan dengan tak tahan jela.”

Penutup

Apa-apa pun kita doakan yang terbaiklah untuk Khalid Jamlus. Malah Khalid bukan satu-satunya atlet kebangsaan yang berhadapan masalah kewangan selepas bersara bergelar atlet.

Jadikan ini satu pengajaran buat atlet dan pemain bola sepak muda pada hari ini. Ketahuilah kemewahan itu hanya sementara. Perkara paling penting, anda harus bijak melabur dan menyimpan.

Satu mekanisme untuk membantu bekas atlet juga perlu dilaksanakan. Apa guna nama mereka dijulang pada hari ini jika ianya hanya menyukarkan mereka di kemudian hari.

Pendek kata, semua pihak ambil iktibar. Tepuk dada sendiri, tanya selera.

 

 

Kongsi artikel ini