Bekas pemain import dan dianggap sebagai legenda bola sepak Pahang, Piyapong Pue-on dilaporkan akan bertanding untuk jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) untuk penggal seterusnya.
Jawatan Presiden FAT kini disandang Somyot Pumpanmuang bakal berakhir pada tahun hadapan. Pemilihan Presiden baharu badan bola sepak itu dijangka akan diadakan pada Ogos tahun hadapan.
Menyatakan keputusannya untuk bertanding jawatan Presiden FAT, Piyapong Pue-on berkata beliau mensasarkan untuk melihat Thailand layak ke Piala Dunia 2026- iaitu 4 tahun akan datang.
Piyapong Pue-on sebenarnya juga bukan watak asing di kalangan peminat bola sepak tempatan khususnya di kalangan mereka yang mulai mengikuti perkembangan bola sepak tempatanb pada lewat 80 an.
🚨 BREAKING
Thailand football legend Piyapong Pue-on will run for Thai FA president in next year’s election.
Announces Thai football must go to the World Cup in the next four years. 😳 pic.twitter.com/jp1WUR5MeN
— Thai League Central (@TL_Central) May 22, 2023
Piyapong Pue-On adalah pemain terawal dari Thailand yang tampil di saingan Liga Malaysia pada 1986-1989 untuk skuad Tok Gajah. Malah beliau adalah antara pemain import terawal yang mulai membawa masuk pemain asing di saingan tempatan pada era tersebut.
Sebelum beraksi bersama Pahang, Piyapong Pue-on terlebih dahulu berkelana di Korea Selatan bersama Lucky-Goldstar FC (kini adalah Seoul FC), mencetak sejumlah 17 gol daripada 34 penampilan daripada tahun 1984-1986.
Sepanjang bersama Pahang, Piyapong telah tampil di dalam 61 perlawanan dan menjaringkan sejumlah 70 gol dan membantu Pahang menjuarai saingan Liga pada 1987.
Di negaranya Piyapong diberikan gelaran ‘Jaded-Faced Executioner’ kerana ketajaman penyudahnya. Untuk rekod, Piyapong tampil di hadapan gawang lawan.
Dari 100 penampilan untuk skuad Gajah Perang, beliau turut mencetak 70 gol di antara 1981-1997.
Selain daripada bergelar pemain bola sepak, Piyapong juga merupakan bekas pegawai Tentera Udara Diraja Thailand, selain turut pernah menceburkan diri dalam dunia perfileman.
Beliau pernah tampil di dalam sebuah filem Thailand yang berjudul ‘Kerd ma lui’ yang bererti ‘Born To Fight’ dalam Bahasa Inggeris.
Walaupun sudah lama meninggalkan bola sepak, Piyapong masih dipandang tinggi di kalangan peminat bola sepak Thailand dan kritikannya terhadap bola sepak di negara itu sentiasa diambil kira.