Bekas pemain Boca Juniors, Guillermo Marino pernah memberi alasan diculik oleh makhluk asing sebagai punca beliau lambat tiba untuk latihan.
Perkara itu didedahkan oleh rakan sepasukannya pada ketika itu, Gustavo Lorenzetti baru-baru ini.
Menurut Lorenzetti, Marino memberikan penjelasan terperinci bagaimana dirinya diculik oleh makluk asing sehingga membuatkan dirinya mahu percaya.
“Guillermo [Marino] berkata beliau lambat tiba untuk latihan kerana diculik oleh alien,” kongsi Lorenzetti kepada Lodo B melalui Goal.
Former Argentine footballer Guillermo Marino was once late for training after being abducted by aliens, according to an ex-teammate 👽 pic.twitter.com/1nCj1qatGz
— ESPN FC (@ESPNFC) June 16, 2020
“Beliau memberikan penjelasan terperinci mengenai apa yang dialaminya satu per satu.
“Pernah beliau berkata: ‘Saya pernah hilang dan kembali selepas dua hari kerana diculik oleh alien.’. Guille bukan pemain yang begitu [kaki klentong]. Beliau adalah pemain yang baik dan semua orang mengenalinya.”
Selepas diberitahu kisah tersebut oleh Marino, Lorenzetti kini percaya makhluk asing memang wujud.
“Jujurnya saya percaya makhluk asing memang wujud,” tambah Lorenzetti.
"He gave a great explanation and we will have to believe him"
Former Argentine footballer Guillermo Marino once turned up late to a training session, said it was because he had been abducted by aliens… and his teammates believe him 👽
— Eurosport UK (@Eurosport_UK) June 16, 2020
“Beliau bercerita bagaimana dirinya tiba-tiba hilang diculik alien. Dia berkata alien mengeluarkan rohnya, menganalisis dan sepanjang tempoh itu alien akan menjaga dirinya. Begitulah lebih kurang ceritanya.”
“Beliau memberikan penjelasan yang sangat terperinci dan saya harus percaya dengan perkongsiannya.”
Ini bukan kali pertama kisah pemain bola sepak di Argentina diculik oleh makhluk asing.
Pemain legenda dunia, Diego Maradona turut pernah mendakwa dirinya diculik makhluk asing beberapa tahun lalu, dan hilang beberapa hari bersama UFO.
“Kenapa perlu membuat cerita? Pernah satu kali selepas terlalu banyak minum, saya telah hilang selama tiga hari,” kata Maradona kepada siaran TV TyC Sports.
“Saya balik ke rumah selepas itu dan bekata saya telah diculik UFO. Saya berkata ‘Mereka mengambil saya. Saya tidak boleh menjelaskannya.'”