Bekas Pelumba Anggap Sikap Rossi ‘Over’ Di Podium, Turut Remehkan Marquez

Bekas pelumba MotoGP, Loris Reggiani langsung tidak berlapik meluahkan pendapatnya mengenai euforia yang dicetuskan oleh Valentino Rossi ketika menaiki podium di MotoGP Andalusia yang lalu.

Regianni menganggap keraian oleh Rossi itu menampilkan kegembiraan yang melampau – walaupun pelumba itu sudah tidak menaiki podium selama 469 hari lamanya.

“Saya tidak faham euforia [keriangan berlebihan] yang ditunjukkan oleh Valentino [Rossi] ini,” kata Reggiani, dilansir kepada Tuttomotoriweb.

“Walaupun [Rossi] telah kembali ke podium pada usia 41 tahun,” tambahnya lagi..

Sebab, menurut Reggiani, Rossi harus hati-hati lagi dengan pelumba lain, terutama soal kepantasan.\

“Saya akan berkata bahawa di hadapannya masih ada dua pelumba dengan motor yang sama dengannya [Fabio Quartararo dan Maverick Vinales].”

“(Franco) Morbidelli juga sempat mengekorinya. Saya pikir ini adalah sisi lain dari hanya sebuah kejayaan di podium.”

Selain itu Reggiani turut meremehkan kemampuan pelumba Repsol Honda, Marc Marquez yang dikatakan akan kembali bersaing di MotoGP Ceko.

Regianni berpendapat Marquez akan berhadapan kesulitan bersaing dengan pelumba lain yang lebih bersedia dan bermotivasi.

Ini kerana Marquez baharu saja pulih dari kecederaan yang dialaminya di MotoGP Sepanyol sebelum ini.

 

Kongsi artikel ini