Jesse Lingard telah dikritik dengan hebat pada musim ini selepas prestasi merudum bersama Manchester United sepanjang setahun ini menyaksikan pemain itu tanpa sebarang gol atau assist di Liga Perdana Inggeris.
Sebagai perbandingan, Andres Iniesta pula dilihat sebagai legenda Barcelona, dan dianggap sebagai antara pemain tengah terbaik dunia yang pernah beraksi di posisi tengah.
Walaupun kini berada pada penghujung karier dan beraksi di Jepun, tidak ada siapa yang siuman berani mempersoalkan kebolehan Iniesta yang turut pernah meraih pelbagai kejuaraan yang dipertandingkan.
Dengan kata lain, tidak ada siapa pun yang akan menggunakan logik akal fikiran menyamakan Lingard dan maestro dari Catalan itu.
Andres Iniesta used to make it all look so, so easy. pic.twitter.com/IndYtoEDSM
— MUNDIAL (@MundialMag) February 4, 2020
Namun demikian, bekas pembantu jurulatih Manchester United, Rene Meulensteen berpendapat sebaliknya, dan melihat Lingard memiliki sedikit persamaan dengan kualiti yang dimiliki oleh Iniesta.
“Jesse [Lingard] telah menyertai beberapa kelab secara pinjaman dan kemudian kembali [ke United],” kata Menlensteen kepada The Michael Anthony Show.
“Louis Van Gaal adalah pengurus pada masa itu, dan Louis sentiasa memberi peluang kepada pemain muda. Jesse secara tiba-tiba memperolehi peluang beliau pada ketika itu. Begitu juga dengan [Marcus] Rashford.
“Itulah nasib yang anda perlukan, dan ada pengurus yang boleh melihat [keupayaan] itu. Jesse sentiasa memiliki sifat yang dimiliki Iniesta dalam permainannya.”
Bukan kali pertama
Komen oleh Menlensteen itu sememangnya membuat kita terfikir apakah yang dimaksudkan oleh jurulatih itu sebenarnya.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama jurulatih tersebut berkata sedemikian. Beliau turut pernah meluahkan pendapat yang sama pada 2018.
“Saya melihat banyak persamaan dalam permainan mereka, dan saya percaya Jesse [Lingard] adalah Andres Iniesta versi Inggeris.
Rene Meulensteen on Jesse Lingard:
“Jesse always had attributes in his game as Iniesta had for Barcelona.”
Right. Stop right there. Close it all down. Football is canceled. pic.twitter.com/SOqASwwJlt
— Footy Accumulators (@FootyAccums) February 7, 2020
“Seperti Iniesta, beliau juga bergarak mencari ‘pockets’ dan ruangan. Beliau sentiasa bergerak dan merupakan pemain yang lincah.
“Satu-satunya perkara yang hilang dari permainnya sebelum ini adalah gol. Tetapi kini Jesse juga menjaringkan gol penting untuk United.
“Pada pendapat saya, anda tidak akan mempunyai masalah menerbangkan Jesse ke Barcelina, dan biarkan beliau beraksi di posisi Iniesta.
“Beliau pasti akan selesa melakukannya, dan akan menyesuaikan diri dengan pasukan. Beliau telah melakukanyya di EPL yang lebih sukar daripada La Liga.”
Kelebihan Lingard
Jika hanya tajuk artikel ini yang anda baca, ia benar seolah-olah artikel ini mengarah kepada ejekan semata-mata. Komen oleh Menlensteen di atas tiba ketika Lingard menyerlah bersama England dan United sebelum Piala Dunia 2018.
Prestasi pemain tersebut di bawah Jose Mourinho pada ketika itu turut mendapat tumpuan Gareth Southgate, sehingga Lingard berjaya menempatkan diri di hadapan pemain seperti Rahem Sterling atau pun Dele Alli di dalam kesebelasan utama England.
#Analisis / Decoying Role Dan Third Man RunningDalam gambar di bawah ini adalah contoh bagaimana pemain menarik keluar…
Posted by Axello Riise on Sunday, 31 December 2017
Seperti apa yang dikatakan Menlensteen, keupayaan utama Lingard ialah untuk melihat ruang di antara pertahanan yang padat untuk dieksploitasi.
Kemerosotan Lingard
Namun demikian prestasi pemain ini turut dihantui dengan isu kecederaan. Pada musim terakhir Mourinho bayangan kemerosotan Lingard sudah mulai kelihatan – apabila isu kecergasan turut menjadi isu utama.
Dalam perlawanan menentang Watford pada minggu lalu misalnya, pemain ini dimarahi oleh pengurus pasukan Ole Gunnar Solskjaer kerana kerap hilang bola.
Ole pun boleh hilang sabar dengan Lingard 😆
Posted by Axello Tacts on Wednesday, 29 January 2020
Positioning turut menjadi isu utama pemain ini pada hari ini, selepas sebelum ini dipuji sebagai pemain yang bijak menggunakan ruang.
Buat masa ini, Solskjaer, Menlensteen dan United pasti pening dengan apa yang berlaku sebenarnya dengan pemain yang dikatakan setaraf Iniesta ini.
Mungkin kita boleh memberi sedikit kesimpulan. Lingard dan Iniesta mungkin adalah jenis pemain yang sama.
Bezanya Iniesta membawa apa yang dimilikinya ke tahap seterusnya, manakala Lingard pula sebaliknya.