Bekas Doktor Dedah Bale Atlet Lebih Hebat Berbanding Ronaldo

Bekas doktor Real Madrid berkata Cristiano Ronaldo sebenarnya bukan atlet terbaik yang pernah beliau lihat dan kendalikan sebelum ini.

Pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali itu kekal sebagai spesimen fizikal yang hebat pada usia 35 tahun.

Di dalam dunia bola sepak, Ronaldo dikenali sebagai pemain dan atlet yang mempunyai kekuatan fizikal, keupayan melompat dan kepantasan larian pada tahap luar biasa.

View this post on Instagram

Explode mode 💥💨

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Malah pemain dari Portugal itu kembali menyertai Juventus dalam keadaan fizikal yang lebih baik berbanding sebelum tempoh perintah berkurung yang menyebabkan saingan Serie A ditangguhkan.

Baru-baru ini, kapten pasukan kebangsaan Portugal itu cuba melakukan larian menggunakan stud kasut but ragbi untuk mengatasi kepantasan 38.6km/jam yang direkodkan olehnya pada awal tahun ini.

Walaupun bekas pemain Real Madrid dan Manchester United itu dianggap sebagai baka pemain yang jarang ditemui, Dr. Jesus Olmo yang pernah mengendalikan pemain-pemain di Bernabeu berpendapat Gareth Bale adalah atlet yang lebih hebat jika dibandingkan dengan Ronaldo.

“Mungkin atlet terhebat pernah saya lihat ialah Gareth Bale,” kata Olmo kepada Ideal.

“Bale adalah atlet semulajadi yang boleh beraksi cemerlang dalam mana-mana jenis sukan. Beliau mempunyai genetik luar biasa dan keupayaan atletik, dan saya juga melihat beliau mempunyai keupayaan teknikal yang baik.

“Bale adalah pemain paling mengkagumkan saya dalam pelbagai aspek, tetapi sudah tentu ia juga akan diukur dari segi prestasi yang boleh dipengaruhi oleh banyak faktor.”

Satu masa dulu Bale dilihat sebagai seorang pemain berbadan kurus ketika di Southampton.

Bale kemudian melalui transformasi luar biasa pada otot badannya dan Olmo kagum dengan kualiti yang dicapai pemain itu.

Keupayaan kakinya melakukan larian sering kali memerangkap pertahanan lawan yang ketinggalan.

Pemain sayap dari Wales itu trut pernah merekodkan larian sepantas 22mph ketika menjaringkan gol menentang Real Sociedad pada 2017.

Dalam perlawanan itu, Bale berlari pada jarak 75 meter, dan menampilkan larian kencang bersama bola sebelum mengegarkan jaring lawan.

 

Sumber: Sportsbible

 

Kongsi artikel ini