Tatkala dunia sedang dilanda wabak, sekali gus mencetuskan pelbagai krisis termasuk kesihatan dan kewangan, sedikit berita gembira di pagi hari pasti akan membuatkan anda tersenyum.
Menurut lapoan oleh Blick, bekas Pengerusi Formula 1, Bernie Ecclestone akan menyambut cahaya mata keempat.
Uniknya, Ecclestone yang merupakan warga British akan menyambut anak keempat bersama isteri ketiga, Fabiana Flosi.
Cahaya mata tersebut bakal menjadi anak pertama pasangan tersebut.
Anak pertama Eccleston bersama isteri pertamanya Ivy Bamford, dikenali sebagai Deborah dan kini berusia 65 tahun.
The former Formula One boss is expecting his first son with his third wife, 44-year-old Brazilian marketing director Fabiana Flosi https://t.co/Zno6rPJxKQ
— Sky News (@SkyNews) April 3, 2020
Dua lagi anak pula adalah hasil perkahwinan dengan isteri kedua Slavia Radic, dikenali sebagai Tamara, 35 tahun; dan Petra, 31 tahun.
Jutawan F1 itu telah mengahwini Flosi yang merupakan seorang Pengarah Pemasaran dari Brazil pada 2012. Kedua-duanya melangsungkan perkahwinan di chalet mewah milik Eccleston yang terletak di Switzerland.
Flosi adalah 45 tahun lebih muda dari warga British itu. Sejak meninggalkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif F1, Ecclestone telah dilantik sebagai penasihat kepada lembaga pengarah organisasi tersebut.
“Bayi bakal dilahirkan pada musim panas nanti,” kata Ecclestone kepada Blick. “Saya harap beliau belajar bermain permainan backgammon.
Bernie Ecclestone tells of delight at being a father again with wife Fabiana Flosi https://t.co/lTWIQ3jkdu
— Daily Mail U.K. (@DailyMailUK) April 3, 2020
“Seperti semua ibu bapa, kami hanya mempunyai satu keinginan: iaitu untuk anak ini dilahirkan sihat,” tambah Flosi pula, sebelum menyambung; “Dan harapnya anak ini tidak berkecimpung di Formula1.”
Ecclestone turut menampilkan sisi dirinya yang kelakar apabila berkias mengenai kandungan isterinya itu.
“Selepas tempoh saya bersama Formula 1 tamat tempoh hari, saya ada banyak masa untuk melakukan latihan.
“Saya cuma mahu segala-galanya sempurna buat Fabiana, walaupun jika tempoh isolasi ini berterusan. Masalahnya ladang ini tidak pernah tidak ada kerja untuk dilakukan.
“Fabiana juga pandai menjaga ladang kopi milikna.”