Bek kiri pasukan Kedah FA, Azmeer Yusof melakukan sumbangan berupa ayam dan keperluan harian lain untuk fakir miskin dan mereka yang memerlukan di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Azmeer sememangnya dikenali sebagai seorang pemain bola sepak yang murah hati di kalangan penyokong Kedah.
Sebelum ini, beliau turut pernah tampil untuk meringankan beban dari segi kos untuk pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga dengan membuka tapak halaman rumah beliau kepada orang ramai secara percuma bagi mengadakan majlis perkahwinan.
Turut tular di media sosial ialah bagaimana Azmeer menggunakan musim PKP ini dengan menjual ikan untuk dijadikan pendapatan tambahan.
Posted by Peul Azeh on Friday, April 17, 2020
Perniagaan yang dimulakan dengan niat untuk membantu sepupunya pada mulanya turut membuka laluan untuk Azmeer bersedekah melalui perniagaannya itu.
Terbaru, Azmeer terus melakukan sumbangan kepada penduduk setempat berhampiran kediaamannya.
Perkongsian oleh salah seorang warga net memaparkan Azmeer terus berkongsi rezeki bersama fakir miskin dan penduduk setempat yang memerlukan.
Hebat Sungguh insan Bernama Azmeer Yusoff ni, Beliau seorang pemain Bola sepak Negeri Kedah,semalam beliau menyumbang…
Posted by Naim Basri on Thursday, April 16, 2020
Agihan tersebut dilakukan beberapa hari lepas di Rumah pengajian Al Quran milik Azmeer di Tongkang Yat.
Selain daripada bantuan berbentuk ayam, Azmeer dikatakan turut menyumbang barang keperluan harian.
Azmeer sebelum ini pernah berkata cita-cita beliau satu hari nanti selepas tidak lagi bermain bola sepak ialah untuk memiliki dan menguruskan syarikat pembersihan sendiri.
Mengenai kerja sampingan di musim PKP ini, Azmeer turut berkata: “Bagi tempoh ini, saya rasa pemain kena fikirkan cara terbaik menjana kewangan sendiri terutama melalui berniaga kerana sepanjang PKP ini, semua pasukan pasti terjejas.
“Jadi kena ada langkah alternatif jika situasi ini terjadi bagi memastikan segala keperluan asas kita tidak terjejas dalam hadapi situasi ini.
“Saya juga kena bijak membahagikan masa melakukan program kecergasan di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak kejurulatihan, ” jelas Azmeer.
Semoga segala niat baik dan tulus Azmeer terus diberkati dan cita-cita beliau satu hari nanti dimakbulkan.