Bebenang Twitter Yang Membuktikan Tuduhan Netizen Indonesia Jordi Amat Bakal Ke ‘Farmers League’ Adalah Salah

Perpindahan Jordi Amat ke JDT mendapat liputan begitu meluas di Indonesia. Ia tidak menghairankan mengambil kira reputasi pemain yang memiliki lebih 100 penampilan di La Liga dan Premier League itu.

Pemain pertahanan kelahiran Sepanyol itu buat masa ini sedang di dalam proses naturalisasi oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).

Tetapi kini, proses naturalisasi dan perpindahan Jordi Amat ke JDT mulai menjadi bualan netizen Indonesia.

Ada di kalangan mereka bertanggapan perpindahan ke JDT itu adalah langkah wajar selepas pemain kontrak pemain itu di Belgium tamat pada akhir musim lalu.

Ada juga yang bertanggapan Jordi Amat hanya akan beraksi di ‘farmers league’ kerana menyertai JDT. Benarkah tanggapan ini?

Tanggapan salah netizen Indonesia?

Tanggapan netizen Indonesia bakat dan kualiti Jordi Amat akan disia-siakan sekiranya menyertai JDT bagaimana pun mungkin salah.

Bebenang Twitter oleh FootballIndonesia menjelaskan perkara sebaliknya. Ini kerana JDT adalah satu-satunya pasukan dari rantau ini yang beraksi secara konsisten di pertandingan kelab elit Asia, AFC Champions League.

Malaysia juga dianggap memiliki struktur bola sepak yang lebih sesuai berbanding Indonesia kerana memiliki tiga pertandingan kompetitif (MSL, Piala Malaysia, Piala FA) yang mampu menjamin pemain sentiasa berada di tahap terbaik.

Mengambil kira saingan Liga Malaysia tamat pada Disember, maka ini juga bermakna Jordi Amat tiada masalah untuk mendapat pelepasan daripada JDT untuk beraksi bersama Indonesia di kejohanan Piala AFF pada hujung tahun ini.

Selain fasiliti yang dimiliki JDT setaraf atau lebih baik dengan kemudahan yang dimiliki kelab di Eropah, usia pemain itu yang menjangkau 30 tahun juga dipercayai memudahkan Jordi Amat sekiranya beraksi di negara jiran dan bukannya di Eropah,

Kongsi artikel ini