Baru Juarai 1 EPL, Liverpool Kini Kelab Paling POWER Dari England

Liverpool kini telah memintas Manchester United sebagai kelab paling berjaya di England dari segi koleksi kejuaraan utama domestik dan pertandingan Eropah.

The Reds mengakhiri penantian selama 30 tahun pada awal Jumaat setelah Chelsea menewaskan Manchester City 2-1 di Stamford Bridge.

Walaupun jumlah kejuaraan 19 kali Liga Inggeris milik Liverpool masih lagi kurang berbanding 20 yang dimiliki United, jumlah keseluruhan trofi utama kelab Merseyside itu kini melebihi apa yang pernah dimenangi oleh seteru mereka itu.

Secara keseluruhan Liverpool kini memiliki 43 trofi, bermakna mereka mempunyai kelebihan satu trofi berbanding Manchester United yang kurang memenangi Piala Liga dan pertandingan di Eropah.

Liverpool yang kini mengumpul 86 mata, memenangi liga pada musim ini ketika saingan masih lagi berbaki tujuh perlawanan.

Liverpool telah menghasilkan satu video yang amat beremosi dan menyentuh kalbu selepas mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris pertama mereka dalam tempoh 30 tahun semalam.

Selama 30 tahun, penyokong Liverpool sentiasa percaya dan berkata “next year is our year”, dan akhirnya selepas 28 tahun Liga Inggeris dijenamakan semula kepada Premier League, mereka boleh berkata dengan megahnya telah memenangi kejuaraan liga.

“Kelab ini amat bermakna kepada mereka [penduduk dan penyokong Liverpool]. Maka ia adalah tanggungjawab kami untuk menunjukkan betapa penting ia juga kepada kami,” kata Klopp mengenai kejuaraan ke-19 liga Liverpool.

“Kebanyakkannya ia mengenai emosi, intensiti, dan bagaimana para penyokong meneruskan kehidupan.

“Di manakah anda pernah mendengar mesej yang lebih baik daripada ‘You’ll Never Walk Alone?’ Ia adalah lagu paling indah di dunia. Setiap orang boleh merasakannya, dan jatuh cinta kepadanya.

“Setiap orang akan mendapat mesej [yang disampaukan]. Pada waktu paling gelap, anda tidak akan sendirian. Dan saya sukakan itu.”

“Kita adalah Liverpool, dan itu bermakna kami harus menghiburkan setiap orang. Kita telah menunjukkan keinginan, semuanya untuk rasa cinta terhadap sukan ini.

“Kita semua akan disatukan kembali. Akan ada masanya untuk kita semua. Buat masa sekarang, maklumkan ke seluruh pelusuk dunia.

“Kita adalah Liverpool….CHAMPIONS of ENGLAND!!!”

Kongsi artikel ini