Barcelona sanggup menanggung kerudian besar demi mengeluarkan Ousmane Debele daripada kelab tersebut pada jendela perpindahan akan datang.
Gergasi Catalan itu membelanjakan £130 juta ketika membawa masuk pemain itu sebagai pengganti Neymar pada 2017, namun bekas pemain Borussia Dortmund itu dihantui masalah kecederaan dan kecergasan sejak tiba di Nou Camp.
Dembele telah beraksi dalam 74 perlawanan untuk kelab, dan hanya beraksi di dalam kesebelasan utama dalam lima perlawanan La Liga untuk Barcelona pada musim ini.
Dan selepas saingan ditangguhkan akibat penularan wabak dan membawa impak kewangan kepada kelab, SPORT berkata Barcelona tidak kisah menjual pemain yang menerima bayaran £200,000 seminggu itu pada harga serendah £37 juta sahaja.
Barcelona 'drop Ousmane Dembele asking price to just £37m https://t.co/kcszsJLxN5
— MailOnline Sport (@MailSport) May 23, 2020
Jumlah jualan tersebut hanya satu pertiga nilai yang dibelanjakan oleh Barcelona untuk mendapatkan pemain itu sebelum ini.
PSG pernah dikaitkan dengan bekas pemain Rennes in, manakala kelab Itali dab China turut memantau keadaan untuk mendapatkan khidmat pemain sayap itu.
Barcelona sebelum ini meletakkan klausa perpindahan bernilai €400 juta di dalam kontrak Dembele ketika tiba di Nou Camp, namun ia sudah bukan lagi masalah buat kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.
Dembele telah menjuarai dua gelaran La Liga sepanjang bersama Barcelona, dan telah menjaringkan 19 gol keseluruhan untuk kelab itu.