Lionel Messi dan Barcelona dilaporkan telah memulakan perbincangan untuk penyambungan kontrak. Dan perbincangan penyambungan kontrak Messi dikatakan bermula dari angka £1 juta seminggu.
Messi dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dunia sepanjang zaman dilaporkan bersedia untuk kekal bersama Barcelona untuk tempoh dua tahun lagi.
Kini berusia 32 tahun, Lionel Messi sudha beraksi bersama Barcelona sejak 1 Julai 2000. Barcelona adalah kelab yang beliau sertai pada usia 13 tahun.
Lionel Messi 'set to sign two-year extension to stay at Barcelona until 2023' https://t.co/iCSROV0UbA
— MailOnline Sport (@MailSport) June 18, 2020
Kontrak semasa Messi pada bhari ini sudah pun mencecah £1.15 seminggu dari segi gaji asas,
Ini tidak termasuk hak imej dan bonus yang bersamaan dengan £1.6 seminggu.
Tawaran dua tahun untuk Messi juga ditambah dengan pilihan untuk penyambungan pada setiap penghujung musim melangkaui tempoh asal yang ditetapkan.
Maklumat mengenai pendapatan Messi sebelum ini pernah didedahkan oleh Football Leaks pada 2018.
Lionel Messi's new contract will be the same as the current commitment. He's likely to extend his contract until to 2023 (one season plus one optional), meaning Messi remains the owner of his future. Sensations are optimal. [md] pic.twitter.com/aqd1oiMIKY
— barcacentre (from 🏡) (@barcacentre) June 17, 2020
Football Leaks pada ketika itu mendedahkan gaji asas pemain itu setahun adalah pada £6.2 juta setahun, dan menjangkau £83.2 juta secara keseluruhan.
Sebelum ini penyokong sudah mulai berbicara bilakah Messi akan bersara selepas pemain itu menghasilkan 21 gol dan 14 assist dari 25 perlawanan di La Liga.
Pemain antarabangsa Argentina itu akan berusia 33 tahun pada minggu ini, dan beberapa nama antaranya Paulo Dybala, Lautaro Martinez dan, Thiago Almada dari Velez dicanang bakal mengambil mantle dari pemenang Ballon d’Or sebanyak enam kali itu.
Sejujurnya tidak mungkin ada pemain mampu menggantikan Messi. Dan dengan kontrak baharu ini, Messi berkemungkinan besar akan mengakhiri kariernya di Nou Camp.