Barcelona telah membuat rayuan kepada bank dan pemberi pinjaman dalam usaha untuk meminta kelonggaran ketika berusaha mengelakkan daripada kelab muflis akibat tidak mampu membayar hutang kepada pemiutang mereka.
Kedudukan kewangan Barca begitu meruncing disebabkan telah kehilangan berjuta-juta euro pendapatan akibat wabak Covid-19 yang telah melanda seluruh dunia sejak setahun yang lalu. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila ahli lembaga pengarah kelab sebelum ini gagal mengawal perbelanjaan yang dikeluarkan selama lima tahun berturut-turut.
Of course we all know about it but it is always sad to read it 🙁 https://t.co/uePOzejcfk #FootballFinance #FootballBusiness
— Marka Sportowa (@MarkaSportowa) January 22, 2021
Menurut laporan dari akhbar Sepanyol El Confidencial , Barcelona telah membuat rayuan kepada pusat pembiayaan terbesar seperti Goldman Sachs, Allianz dan Prudential untuk meminta fleksibiliti berikutan ketidakmampuan membuat pembayaran € 200 juta terdahulu yang akan menyebabkan pelanggaran syarat-syarat pinjaman kewangan mereka.
Kelab itu dikatakan mempunyai modal kerja negatif lebih dari € 600 juta juga telah meminta pemiutang mereka untuk memanjangkan tempoh pembayaran hutang yang digambarkan ‘hutang segera’ sebanyak € 300 juta selama satu tahun untuk mengelakkan daripada dikenakan tindakan muflis
Antara bulan Jun 2019 hingga Jun 2020 dianggarkan hutang Barca meningkat dua kali ganda, sementara satu anggaran baru-baru ini telah menjadikan jumlahnya meningkat 900 juta euro.
Barça caught up with the explosion of its debt
With a debt estimated at 900 million euros, FC Barcelona is heading for a severe austerity cure. Blame it on poorly controlled spending since Neymar's departure. pic.twitter.com/oW4lvP9dOx— Betting Gods (@BettingGods3) January 14, 2021
Peningkatan hutang dua kali ganda ini disebabkan kemerosotan pendapatan yang diperolehi Barcelona akibat wabak Covid. Sekatan penonton untuk memasuki stadium peminat pada hari perlawanan , penjualan tiket dan penajaan yang berkaitan telah menyusut habis.
Hasil daripada aktiviti pelancongan seperti lawatan ke stadium Nou Camp , muzium serta penjualan cenderamata kepada pelancong yang menjadi sumber hasil kewangan kini juga tidak ada lagi.
Masalah besar yang dilakukan oleh bekas presiden Barcelona terdahulu ialah membuat perbelanjaan yang dianggap melulu dan kurang cermat dalam perancangan jangka panjang selama beberapa tahun lalu seperti Lionel Messi dibayar € 39 juta pada tahun 2020 kerana perjanjian kesetiaan kepada kelab yang dimeterai pada tahun 2017 walaupun Messi penah meminta untuk keluar dari kelab berkenaan.
Manakala pemain Philippe Coutinho, Antoine Griezmann dan Ousmane Dembele diberikan kontrak dengan sejumlah gaji yang lumayan sehingga mencapai lebih dari € 100 juta setahun dan mereka menolak sebarang kontrak pemotongan gaji.
(🌤) 7 FC Barcelona players refuse to sign a new contract to lower their salaries:
Lionel Messi 🇦🇷
Sergi Roberto 🇪🇸
Sergio Busquets 🇪🇸
Jordi alba 🇪🇸
Philippe Coutinho 🇧🇷
Antoine Griezmann 🇫🇷
Ousmane Dembele 🇫🇷[MD] #FCB
— RouteOneFootball (@Route1futbol) October 22, 2020
Pada bulan November calon presiden Victor Font menyifatkan kewangan kelab berada dalam keadaan ‘kritikal’, sehingga tidak ada wang tunai untuk jurulatih Ronald Koeman membawa masuk pemain yang dimahukannya iaitu Eric Garcia dan Memphis Depay pada jendela musim panas yang lalu.
And theh turned down £150m for a 33 year old who wanted to leave , and who's contract expires in the summer just so he can play for a year under Ronald Koeman . FFS.
Barcelona 'beg banks to delay debt repayments amid bankruptcy fears' https://t.co/5IE7PQGCj6 @MailSport
— Trevor.call.me.Trev (@me_trev) January 22, 2021
Pemilihan presiden pada awalnya dijadualkan hujung minggu ini terpaksa ditunda ke bulan Mac depan akibat Covid19 yang masih belum pasti bilakah ianya akan berakhir nanti.