Kasih bertaut kembali? Konteks kali ini sedikit berbeza. Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez berhadapan prospek untuk kembali ke Old Trafford selepas Inter Milan disingkirkan dari pertandingan kelab elit eropah, Champions League.
Berada di kedudukan ketiga Kumpulan F, Inter sah akan bertanding di pertandingan Europa League selepas ini, dimana dua kelab Inggeris Arsenal dan bekas kelab Lukaku dan Sanches, Manchester United sedang beraksi cemerlang.
Luke Shaw welcomes Lukaku back to the Europa League 😂 pic.twitter.com/xa7ovJWRCF
— ESPN FC (@ESPNFC) December 11, 2019
Barcelona yang sudah melayakkan diri ke pusingan kalah mati merehatkan beberapa pemain utama, termasuk pemenang Ballon d’Or 2019, Lionel Messi.
Antara pemain muda yang berada di kesebelasan utama Barcelona ialah deretan pemain muda seperti Jean-Clair Todibo, Moussa Wague, Carles Alena Perez, dan Neto sebagai penjaga gol.
Inter sedar mereka perlu menang dalam perlawanan ini, atau sekurang-kurangnya menyamai keputusan yang diperolehi oleh Borussia Dortmund untuk memastikan kemaraan mengiringi Barcelona dari Kumpulan F.
Dortmund menang 2-1 di halaman sendiri menentang Slavia Prague hasil jaringan Jadon Sancho dan Juliant Braandt.
Inter mengasak dari awal permainan, namun Lukaku kecewa kerana jaringan awalnya dibatalkan pengadil kerana offside.
Walaupun turun dengan barisan kedua, Barcelona tetap berada di kelas tersendiri berbanding Lukaku dan Inter.
Ansu Fati is the youngest player in Champions League history to score a #UCL goal at the age of 17 years and 40 days old.
Barcelona’s wonderkid writes his name in the record books. 📖 pic.twitter.com/SpTHPE4XB0
— Squawka Football (@Squawka) December 10, 2019
Percubaan Ernesto Valverde mempertaruhkan pemain muda membuahkan hasil apabila Perez yang beraksi buat pertama kali di Champions League melakukan larian bijak mencari ruang, sebelum merembat hantaran dari jarak dekat pada minit ke-27 perlawanan.
Lukaku kemudiannya melepaskan geram dengan rembatan kaki kiri untuk menghidupkan peluang Inter seminit sebelum babak pertama berakhir.
Namun Lukaku dan Inter terpaksa akur apabila dihumban keluar dari pertandingan elit ini oleh pemain berusia 16 tahun, Ansu Fati pada minit ke-86 perlawanan.
Walaupun diberi peluang 4 minit masa kecederaan, Lukaku dan Inter terpaksa akur bertanding di Europa League bersama-sama Manchester United dan Arsenal selepas ini.