Bapa Jaami Qureshi Ada Mesej Untuk Pembenci Anaknya

Perviz Qureshi , bapa kepada pemain yang mempunyai darah warisan daripada sebelah ibu Jaami Qureshi memberikan mesej emoji jari tengah kepada para pembenci anak dan dirinya sendiri yang dimuatnaik melalui Instagram storynya sebentar tadi.

Tindakan bapa pemain muda ini ternyata menimbulkan berang dan rasa benci penyokong tempatan terhadap individu yang bersikap angkuh itu serta pernah mengkritik Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin kerana tindakan beliau mengadakan pertemuan dengan anaknya serta tidak memperkenalkan Jaami kepada ketua jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan-gon sewaktu lawatan ke Wisma FAM 16 Jun lalu.

Pemain muda ini berkeinginan menyarung jersi Harimau Malaya tetapi bapanya meletakkan syarat seperti tidak perlu melalui peraturan seperti proses perundangan negara Malaysia untuk mendapatkan taraf kerakyatan Malaysia

Dalam satu temubual bersama Arena Metro , pemain yang berpengkalan di Akademi Brighton And Hove Albion Liga Perdana Inggeris itu berkata beliau tidak sanggup untuk melepaskan passport Britishnya.

“Saya memilih untuk kekal di England buat masa ini dan tidak akan memohon pasport Malaysia untuk bergelar pemain tempatan. Saya lihat ramai peminat Malaysia gembira dengan pencapaian saya di sana kerana tidak ramai pemain Malaysia bermain di England. Jadi sebagai pemain berdarah kacukan Malaysia, saya juga bangga,” katanya dalam satu temu bual bersama Harian Metro.

 

Penyokong Harimau Malaya meminta agar FAM tidak melayan sebarang kerenah dan permintaan anak-beranak ini dan beranggapan mereka sebagai ‘DIVA’ yang perlu mendapatkan perhatian yang melebihi daripada pemain bolasepak terkenal.

Perviz Qureshi juga dikatakan tidak berpuashati dengan artikel berita yang yang ditulisoleh wartawan dan mengenai anaknya dan mahukan audio rakaman penuh tersebut dikeluarkan kepada peminat untuk membuat penilaian sendiri terhadap temubual berkenaan.

 

 

Kongsi artikel ini