Bangsa Scoucers: Siapakah Mereka Selain Daripada Penyokong Fanatik Liverpool?

Siapakah Bangsa Scoucers? Sebagai peminat Liga Inggeris, anda pati pernah mendengar terma ‘Scoucers’. Bagi yang tidak mengetahui, Scouse merujuk kepada dialek kuno yang digunapakai di Merseyside.

Ia adalah dialek yang dituturkan dengan loghat yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan Bahasa Inggeris yang digunapakai oleh penduduk di wilayah lain di England.

Scousers pula merujuk kepada bangsa yang menutur dialek scoucers di Liverpool. Tahukah anda bahawa bangsa scoucers pernah mempunyai hubungan dingin dengan banga Inggeris dari wilayah lain?

Malah hubungan dingin tersebut masih wujud pada hari ini. Sering kali akan ada rasa tidak kesefahaman diantara Scoucer dan rakyat Inggeris lain secara amnya.

Ia meliputi pelbagai bidang. Daripada politik dan ekonomi, budaya sehingga ke sukan, termasuklah bola sepak.

Bangsa Scouser

Siapakah bangsa Scouser ini? Scouser pada hari ini merujuk kepada mereka yang berasal dari Liverpool.

Bagaimana nama ‘Scouser’ lebih sinonim untuk merujuk kepada mereka yang berasal daripada Liverpool dan bukan ‘Liverpudlian’ seperti yang sepatutnya, turut tidak dapat dipastikan.

Ia mungkin juga merujuk kepada perkara ratusan tahun dahulu apabila kebanyakkan penduduk di wilayah tersebut datang dari latar belakang imigran, terutamanya dari Ireland.

Embed from Getty Images

Kerana itu mereka di sana berkata Liverpool itu  lebih beridentitikan Celtik daripada Inggeris. Dan kerana itu juga ada yang bertanggapan Liverpool itu adalah ibu kota kepada Ireland.

Menurut penerangan The Guardian – melalui perkongsian ‘notes and queries’ – scouser itu sendiri berasal dari perkataan ‘lobscouse’.

‘Lobscouse’ adalah sejenis hidangan yang berasal dari Norway dan merupakan hidangan utama pelayar-pelayar pada masa dahulu.

Seperti semua sedia maklum, Liverpool sebagai salah sebuah perlabuhan terkemuka di eropah sejak kurun ke-17.

Maka tidak hairanlah nama Scouser menjadi kata ganti nama kepada masyarakat yang berasal dari Liverpool sehingga ke hari ini.

Piala Dunia 1966

Ada banyak perkara dan insiden yang menyebabkan hubungan Scouser- Inggeris menjadi dingin. Bola sepak adalah salah satu daripadanya.

Piala Dunia 1966 adalah salah satu daripadanya. Pada ketika itu perlawanan separuh akhir di antara England dan Portugal sepatutnya diadakan di Goodison Park, gelanggang milik Everton.

Namun Presiden FIFA pada ketika itu, juga merupakan seorang berbangsa Inggeris, iaitu Stanley Rous bertindak mengubah venue perlawanan ke Wembley.

Keputusan tersebut bertujuan membenarkan lebih ramai penyokong untuk hadir menyaksikan perlawanan. Ia juga adalah langkah serampang dia mata untuk menambah pendapatan dari hasil jualan kutipan tiket perlawanan.

Embed from Getty Images

Pada era itu, tidak banyak kaedah untuk penganjur mendapatkan keuntungan. Oleh kerana itu, langkah tersebut dianggap wajar oleh kebanyakkan orang Inggeris, kecuali oleh mereka yang berasal dari Liverpool – the scoucers!

Keputusan tersebut mengecewakan penduduk tempatan yang ternanti-nanti untuk menyaksikan sendiri kelibat pemain terbaik dunia tiba di bandar Liverpool pada ketika itu.

Sebuah akhbar Sweden, Dagens Nyheter menulis: “Liverpool adalah bandar bola sepak utama di England- bukannya sebuah bandar yang kaku dan dingin seperti London sehingga anda tidak sedari bahawa kejohanan Piala Dunia sedang berlangsung.”

Akibatnya, perlawanan gantian diantara Jerman Barat dan Brazil yang dilangsungkan di Goodison Park diboikot olej penduduk Liverpool dan mengakibatkan kerugian disebabkan penurunan jumlah penonton.

Tragedi Hillsborough

15 April 1989 pula adalah tarikh yang akan diingati oleh penyokong Liverpool sebagai tarikh yang penuh dengan detik hitam.

96 penyokong Liverpool terkorban akibat terhimpit dan bersesak di dalam stadium ketika perlawanan separuh akhir Piala FA antara Liverpool dan Nottingham Forest.

Kejadian itu adalah tragedi sukan paling teruk yang pernah berlaku di England. Ironinya, kerajaan menyalahkan sikap penyokong Liverpool atas tragedi tersebut.

Pihak polis menyalahkan penyokong Liverpool yang mabuk namun penjelasan ini ditolak oleh keluarga mangsa dan komuniti di Liverpool.

Embed from Getty Images

Tidak dapat dinafikan, dakwaan tersebut membuatkan penyokong Liverpool tidak senang dan sering mempersoalkan keadilan berkaitan insiden tersebut.

Selepas 27 tahun, melalui satu inkues yang dimulakan pada 2012, akhirnya penyokong Liverpool disahkan bukan penyebab dan pencetus kepada tragedi.

Walaupun akhirnya keadilan seperti sudah terbela, sedikit sebanyak keputusan lampau ibarat memperlihatkan seluruh England menuding jari kepada seluruh komuniti Liverpool pada masa itu.

Kerajaan vs Liverpool

Seperti dikatakan tadi perasaan tidak senang diantara bangsa scousers dan bangsa Inggeris secara amnya tidak terhad kepada bola sepak sahaja.

Perasaan tidak senang tersebut sebenarnya berbalik kepada tahun 1911, pada ketika Liverpool adalah nadi utama kepada ekonomi Britain dan United Kingdom.

Insiden mogok golongan pekerja, turut dikenali sebagai Mogok Sektor Pengankutan Awam 1911 telah tercetus.

Ia bermula dari sektor pengangkutan membabitkan kesatuan pelayar, ia kemudiannya merebak ke sektor-sektor perkhidmatan dan idustri lain seperti perkhidmatan kereta api, bomba dan lain-lain.

Kemuncak kepada mogok tersebut menyaksikan himpunan melibatkan 85,000 orang, sehingga memaksa Winston Churchill yang merupakan Menteri Pertahanan pada ketika itu mengerah 3,500 bala tentera ke St. George Hall di Lime Street, Liverpool.

Embed from Getty Images

Ribuan peserta himpunan dilaporkan tercedera dan kematian turut dilaporkan berlaku apabila ribuan peserta perhimpunan dan askar bertembung.

Kejadian pada 13 Ogos 1911 itu dianggap sebagai tragedi kejadian berdarah di dalam sejarah Liverpool.

Selain daripada insiden berdarah pada 1911, Perdana Menteri, Margaret Thatcher yang berada di tampuk pemerintahan dari 1979 sehingga 1995 juga bukan individu yang digemari di Liverpool.

Thatcher dituduh sebagai individu yang bertanggungjawab sebagai punca kelembapan industri di wilayah Liverpool disebabkan polisi yang diperkenalkannya ketika memegang tampuk pemerintahan kerajaan United Kingdom.

Bantahan terhadap Thatcher turut mewujudkan satu lagi  rusuhan berlaku di Liverpool pada 1981.

Penutup

Bagi bangsa Scousers, England adalah penentang dan musuh kepada mereka di dalam setiap perkara. Perasaan prejudis terhadap satu sama lain sentiasa ada.

Perkara-perkara di atas hanya sebahagian daripada apa yang pernah berlaku. Ada banyak lagi perkara lain pernah berlaku yang menyebabkan rasa tidak senang diantara bangsa scoucers dan Inggeris.

Satu perkara yang pasti, penyokong Liverpool di England tidak akan menyokong pasukan kebangsaan mereka di kejohanan seperti Piala Dunia atau Euro.

Mungkin keadaanya berbeza, jika Jordan Pickford dan Jordan Henderson berjaya membantu England menjuarai Piala Dunia, sepertimana Roger Hunt dan Ray Wilson pernah lakukan pada Piala Dunia 2018 yang lalu.

Siapa tahu? Bukankah bola sepak itu adalah medium perpaduan? Ia tidak pernah sebegitu di Liverpool.

Kongsi artikel ini