Bandar bola sepak negara yang terletak di Putrajaya dijangka siap dalam tempoh tiga tahun lagi, iaitu pada 2023.
Perkembangan terbaru ini adalah berdasarkan perkongsian daripada media sosial Team Malaysia baru-baru ini.
Dibina di atas tanah seluas 13 hektar, bandar bola sepak tersebut bakal dibina di Presint 5 Putrajaya seperti yang telah dipersetujui pada penghujung tahun lalu.
➡️ FAM headquarters
➡️ FAM training centre
➡️ AFF headquarters
➡️ AFC Stadium
➡️ Padang komunitiInilah antara pembangunan yang akan berada di Soccer City Precint 5, Putrajaya & dijangka siap pada 2023! 👍🏻 #staysafe #newnormal #RMCO #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/Q5N01oPv0H
— Team Malaysia (@TeamMsia) June 16, 2020
Projek tersebut akan merangkumi ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Malaysia yang baharu untuk menggantikan ibu pejabat sedia ada di Kelana Jaya, pusat latihan skuad kebangsaan, ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asean (AFF), sebuah stadium dan juga padang komuniti untuk kegunaan komuniti setempat.
Soccer City ini dirancang untuk diberi nama Sultan Ahmad Shah Soccer & Sport City. Tan Sri @AnnuarMusa akan bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat untuk dapatkan perkenan Tuanku untuk menggunakan nama ini. #staysafe #newnormal #RMCO #KamiTeamMalaysia
— Team Malaysia (@TeamMsia) June 16, 2020
Pusat latihan tersebut dibina untuk menyediakan kemudahan latihan bertaraf dunia yang menepati tuntutan moden – bertujuan memberi suasana prestasi tinggi demi kegunaan pasukan elit.
Menarik mengenai projek ini ialah ia tidak membelakangkan komuniti setempat di Putrajaya.
Selain daripada Bandar Bola Sepak tersebut, turut dibina di Putrajaya secara berasingan adalah Stadium Nasional Ragbi dan Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan.
Impian bakal menjadi realiti. Lakaran Stadium Ragbi yang bakal dibangunkan di Precint 14, Putrajaya. 😍
Padang matchday, padang latihan serta beberapa kemudahan lain bakal menjadikan ini Home of @MalaysiaRugby. ✊🏻 RT & kongsikan #khabarbaik ini. #RagbiPadu #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/R99utqbcDT
— Team Malaysia (@TeamMsia) January 26, 2020
Tan Sri Annuar Musa dikatakan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat untuk memohon perkenan baginda agar projek bandar bola sepak ini dinamakan sebagai Sultan Haji Ahmad Shah Soccer City.
Bagaimanapun berdasarkan komen-komen netizen, ada wajarnya jika perkataan ‘soccer’ tersebut digantikan dengan ‘football’ yang lebih sinonim dengan rakyat Malaysia.
Walaupun kedua-duanya membawa maksud yang sama iaitu ‘Bandar Bola Sepak’, penggunaan perkataan ‘football’ adalah lebih sinonim di kalangan rakyat Malaysia dalam penggunaan bahasa antarabangsa itu.