VIDEO: Aksi ‘Ball Playing GK”, Kepa Arrizabalaga Yang Buat Penyokong Chelsea Hilang Sabar

Penyokong Chelsea telah mulai meluahkan di Twitter rasa tidak puas hati mereka terhadap penjaga gol, Kepa Arrizabalaga. Malah ramai yang menuntut agar Frank Lampard membawa masuk seorang penjaga gol baharu sebagai pengganti pada Januari nanti.

Kekalahan 3-1 Chelsea kepada kelab yang baru menukar pengurus, Everton adalah titik permulaan kepada kemarahan tersebut.

Dua gol dari Dominic Calvert-Lewin dan satu gol dari Richarlison cukup untuk memberikan tiga mata berharga kepada kelab Merseyside itu.

Kebanyakkan penyokong Chelsea percaya Kepa tidak cukup bagus untuk The Blues walaupun bergelar penjaga gol termahal dunia pada nilai £71.6 juta ketika tiba dari Athletic Bilbao.

Tidak dapat dinafikan barisan pertahanan Chelsea juga sebenarnya bermasalah. Namun pada ketika Kepa sepatutnya beraksi lebih baik, beliau melakukan kesilapan. Saksikan perkongsian video melalui putan di bawah:

Kepa adalah seorang ball-playing goalkeeper. Penjaga gol jenis ini memerlukan beberapa kualiti tersendiri untuk seperti selesa dengan bola di kaki, serta memiliki visi untuk melakukan hantaran dan terlibat dengan permainan.

Alisson Becker (Liverpol) dan Ederson (Manchester City) adalah contoh dua penjaga gol ba;;-playing goalkeeper antara yang terbaik di dunia.

Dalam perlawanan pada malam tadi, hantaran Kepa dipintas pemain Everton untuk menghasilak gol ketiga. Ramai yang mempersoalkan fokus penjaga gol tersebut.

Pada satu ketika, Kepa pernah diangkat akan mengetepikan David de Gea di skuad kebangsaan Sepanyol. Namun jika konsistensi dan kesilapan begini menjadi isu, sukar untuk melihat ia mampu diterjemahkan.

Di bawah adalah video penuh perlawanan:

 

Kongsi artikel ini