Mungkin terkesima kerana selepas menyaksikan kemenangan luar biasa pasukan Malaysia baru-baru ini, kem Bahrain tampil lebih berhati-hati mengenai kekuatan sebenar pasukan mereka.
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon menampilkan aksi cemerlang di perlawanan pertama pusingan kelayakan Piala Asia 2023 dan berjaya menghasilkan kemenangan 3-1 ke atas Turkmenistan.
Satu perkara yang pasti, skuad Malaysia kali ini adalah pasukan yang berbeza ketika dihadapi oleh Bahrain berbanding pertemuan terakhir kedua-dua pasukan yang berakhir dengan kekalahan 2-0 kepada pasukan negara.
“Malaysia [jurulatih Malaysia] mungkin berkata mereka hanya mahukan satu mata. Hakikatnya mereka datang ke perlawanan ini [esok] untuk memburu kemenangan,” kata Sousa di sidang media menjelang pertemuan Malaysia dan Bahrain.
“Keinginan [untuk menang] itu pasti akan sedia ada [buat Malaysia].
“Ranking semasa Malaysia tidak memberi refleksi kepada prestasi semasa dan kemampuan mereka.
“Ia akan menjadi perlawanan yang sukar dan kami menjangkakan atmosfera yang hebat daripada penyokong [tuan rumah] yang hadir.”
Kelebihan jadi tuan rumah
Mungkin menyedari kelebihan yang dimiliki pasukan negara kerana beraksi di tempat sendiri, Bahrain juga sebenarnya bijak menyembunyikan kekuatan sebenar pasukan mereka.
Ketika merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Bangladesh di perlawanan pertama kelayakan Kumpulan E, Helio Sousa juga dipercayai tidak menurunkan kesebelasan utama terbaik mereka, dan merehatkan beberapa tonggak utama pasukan.
Hari Perlawanan 2 Kelayakan Piala Asia 2023 | Sabtu, 11 Jun 2022
⚽️ BANGLADESH 🇧🇩 🆚️ 🇹🇲 TURKMENISTAN
⚽ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇧🇭 BAHRAIN🏟 Std. Nasional, Bukit Jalil
📺 @ASTROARENA @tv9malaysia▶️ Tiket masih boleh dibeli di https://t.co/yPVcBAL5ko#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/J0YhmPvHT6
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 11, 2022
Kegusaran itu boleh difahami kerana tiga pertemuan terakhir di antara kedua-dua pasukan di ibu negara berakhir dengan keputusan seri.
Malaysia mengikat Bahrain 2-2 di pusingan kelayakan Piala Asia 2003 di tempat sendiri, seri tanpa jaringan di pusingan kelayakan Piala Dunia pada 2007, dan sekali lagi diikat skuad Harimau Malaya dengan jaringan 1-1 pada 2013.
Kali terakhir Bahrain menewaskan Malaysia di halaman sendiri ialah pada 2001, apabila pasukan negara tewas 2-4 di pertandingan Pestabola Merdeka.
Bahrain jadi paranoid
Berdasarkan situasi terkini dan kelebihan gol yang dimiliki pasukan negara, Bahrain sedar hanya kemenangan yang mampu membawa mereka layak secara automatik ke Piala Asia 2023.
Disebabkan itu Bahrain berusaha menyembunyikan setiap butiran persiapan pasukan, termasuk berpindah hotel penginapan pasukan menjelang perlawanan bertemu Malaysia.
Kekuatan sebenar Bahrain tidak boleh diukur berdasarkan keputusan menentang Bangladesh. Pasukan di ranking 89 dunia itu dikatakan menyimpan kekuatan sebenar, malah serius dan amat detail hingga difahamkan telah tukar hotel yang lebih 'privacy'.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 10, 2022
Perkara itu disahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhemlmi Zainal Azam yang berkata tindakan sedemikian adalah untuk mendapatkan lebih ‘privacy’.
Sudah tentu ia sebenarnya untuk mengelakkan sesi latihan, atau ‘team meeting’ pasukan menjelang perlawanan penting itu tidak diintip oleh pasukan lawan, termasuk oleh barisan kejurulatihan Kim Pan-gon.
Langkah oleh Bahrain mungkin dianggap oleh mereka sebagai langkah berjaga-jaga. Namun ia juga membuktikan mereka juga kini gentar dan paranoid akan kemampuan pasukan negara.