Bagaimana Skuad Ong Kim Swee Dibentuk Pada Dua Tahun Lalu?

Isu pemilihan pemain turut dikatakan antara punca skuad kendalian Ong Kim Swee gagal mencabar di Sukan SEA 2019 yang berlangsung di Manila.

Berikut adalah artikel yang pernah kami terbitkan sebelum ini mengenai bagaimana skuad Ong Kim Swee dibentuk pada penghujung 2017, khusus untuk kejohanan AFC B-23 di China pada Januari 2018.

Ikuti kupasan ringkas kami:

Dalam menongkah arus globalisasi bola sepak Malaysia, beberapa penggunaan istilah tertentu perlu diubah. Salah satunya ialah penggunaan istilah ‘anak jati’ kepada ‘produk pasukan’. Hal ini demikian kerana ada sahaja pemain yang lahir di negeri lain tetapi bermula dengan akademi pasukan lain seperti Syafiq Ahmad.

Di Malaysia, terdapat sedikit percanggahan tentang takrifan had umur bagi pemain muda tetapi ramai bersetuju 23 tahun merupakan umur optimum memandangkan masih wujud pertandingan khas untuk kumpulan umur tersebut. Jadi, bagaimanakah takrifan umum mengenai status produk pasukan?

Penulis berpendapat bahawa status produk pasukan boleh dikelaskan dalam dua kategori, iaitu :

1. Kelab Semasa

Jika mengambil kira status kelab semasa sebelum/pada 23 tahun sebagai takrifan umum produk pasukan, berikut merupakan pecahan pasukan yang terlibat :

• Johor Darul Ta’zim I & II : 7
• Pahang : 3
• Perak, PKNS, Kedah, PJ Rangers & Negeri Sembilan : 2
• Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur & Felda United: 1

Oleh itu, Johor Darul Ta’zim FC muncul sebagai penyumbang terbesar produk pemain B-23 dengan 7 pemain menerusi dua bahagian kelab mereka.

2. Skuad Piala Presiden/Debut Pertama

Jika takrifan ini pula diambil kira, terdapat beberapa pemain yang berasal dari kelab yang tidak terlibat dalam mana-mana pertandingan khas had umur tertentu anjuran Liga-M. Berikut merupakan pecahan pasukan yang terlibat :

• Pulau Pinang, Pahang & Kedah : 3
• Selangor, Kelantan, Perak & Johor Darul Ta’zim : 2
• Negeri Sembilan, UiTM FC, Kuala Lumpur, Sarawak, Felda United, Terengganu FC II, PDRM FC & PKNS FC : 1

Oleh itu, Pulau Pinang, Kedah & Pulau Pinang merupakan penyumbang terbesar produk pemain B-23.

Apakah pendapat individu anda tentang takrifan umum sebenar produk pasukan3/4 daripada jumlah pemain di bawah berasal daripada Harimau Muda atau Frenz United dan ada yang berasal daripada luar negara. Sekolah Sukan Bukit Jalil tidak dikira dalam senarai pasukan di atas.

 

Kongsi artikel ini