Autobiografi Dedah Bagaimana Mourinho Begitu Hampir Sertai Liverpool

Jose Mourinho pernah bersetuju untuk menyertai Liverpool pada 2004 sebagai pengganti Gerard Houllier, sebelum Roman Abramovich tiba dengan tawaran yang lebih lumayan.

Perkara itu didedahkan oleh Mourinho sendiri melalui buku autobiografi terbarunya berjudul, “Mourinho: Behind the Special One, from the origin to the glory.”

Buku tersebut ditulis oleh seorang wartawan Perancis, Nicolas Vilas dan mendedahkan betapa hampir pengurus dari Portugal itu hampir bergelar menerima tawaran untuk ke Anfield.

Pada April 2004, ketika Porto berhadapan Lyon di suku akhir Champions League, penasihat kepada Mourinho pada ketika itu, Jorge Baidek mengadakan satu pertemuan di hotel pasukan.

“Mourinho sepatutnya ke Liverpool. Rick Parry [Ketua Eksekutif Liverpool pada ketika itu] menguruskan hal perpindahan dan kami telah mencapai persetujuan.

“Mereka mahu kami menunggu untuk 15 hari lagi kerana Houllier masih lagi adalah pengurus The Reds,” kata Baidek.

Mourinho kemudiannya bersedia untuk ke Anfield dan perbincangan seterusnya turut melibatkan ejen, Bruno Satin.

Namun Jorge Mendes datang dengan tawaran yang lebih lumayan daripada Chelsea.

Walaupun Mendes belum pernah bekerjasama dengan Mourinho sebelum ini, tawaran tersebut adalah jauh lebih besar daripada apa yang Liverpool tawarkan sebelum itu.

Mourinho kemudiannya melakukan pertemuan dengan pemilik Chelsea Abramovich buat kali pertama sehari sebelum Porto beraksi di separuh akhir Champions League menentang Deportivo Coruna pada awal Mei.

Ia diikuti oleh satu lagi pertemuan dengan jutawan dari Rusia itu di Monaco selepas Porto menjuarai Champions League.

Kita semua tahu apa yang berlaku selepas itu. Mourinho meraih tiga trofi Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea pada musim 2004/05, 2005/06, 2014/15.

Kongsi artikel ini